X

Kindly register in order to view this article
!

Nelayan ditahan langgar syarat Akta Perikanan

Bot kelas C dinaiki tiga nelayan tempatan terbabit dikesan semasa rondaan Op Benteng kira-kira jam 11.05 pagi Ahad.
A
A

SABAK BERNAM - Pasukan Polis Marin (PPM) menahan tiga nelayan di 10 batu nautika dari Tanjung Sauh, di sini atas kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985, pada Ahad.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi PPM Pelabuhan Klang, Deputi Superintendan Hazri Zakaria berkata, bot kelas C dinaiki tiga nelayan tempatan terbabit dikesan semasa rondaan Op Benteng kira-kira jam 11.05 pagi.

"Pemeriksaan mendapati tekong bot melakukan beberapa kesalahan antaranya gagal mempamerkan dokumen dan permit.

Tiga nelayan di 10 batu nautika dari Tanjung Sauh, di sini atas kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985, pada Ahad.
Tiga nelayan di 10 batu nautika dari Tanjung Sauh, di sini atas kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985, pada Ahad.

"Malah, bot itu juga beroperasi menangkap ikan di kawasan kurang dari 15 batu nautika," katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.

Beliau berkata, pelbagai jenis ikan dianggar bernilai RM500 dirampas dan bot terbabit dibawa ke Markas Operasi PPM Pelabuhan Klang untuk siasatan.

Katanya, kes diserahkan kepada Pegawai penyiasat Jabatan Perikanan Selangor untuk tindakan lanjut.

"Kes disiasat di bawah Akta Perikanan 1985," katanya.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!