Bantuan Perikanan MAIWP

A
A
A

Pengurus Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) Labuan, Md Fadzli Md Saad (dua, kanan) hari ini menyerahkan Bantuan Perikanan MAIWP berupa sebuah enjin bot bernilai RM8,650 setiap satu kepada dua orang asnaf nelayan Hazmi Bongsu, 34, (kiri) dan Abdul Azis Mutki, 33, (dua, kiri) di Jeti Perikanan LKIM Kiamsam hari ini.

Hazmi merupakan nelayan sepenuh masa menyara seorang isteri dan dua orang anak. Enjin bot beliau mengalami kerosakan teruk setelah bot yang digunakan karam di laut dua tahun yang lalu.

Abdul Azis pula menyara seorang isteri dan dua orang anak dengan pendapatan hasil laut untuk membiayai keperluan harian mereka sekeluarga. Sebelum ini, lebih tiga tahun ekonomi keluarga beliau terjejas dan tidak dapat turun ke laut secara konsisten kerana kerosakan enjin milik arwah ayahnya.

Sehingga Ogos ini, MAIWP Labuan mengagihkan sebanyak RM44,950 kepada golongan asnaf nelayan melalui Skim Bantuan Perikanan MAIWP.

Artikel Berkaitan: