X

Kindly register in order to view this article
!

Diskaun 50 peratus saman dilanjut hingga Khamis ini

Azisman Alias
A
A

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) melanjutkan empat hari lagi tawaran diskaun 50 peratus menerusi aplikasi MyBayar Saman.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Azisman Alias berkata, tempoh lanjutan sehingga Khamis itu dibuat atas sambutan yang menggalakkan dan permintaan orang awam.

"JSPT melanjutkan empat hari lagi tawaran diskaun 50 peratus sehingga 15 April (Khamis) menerusi MyBayar Saman," katanya pada Isnin.

Mengulas lanjut, Azisman berkata, lebih RM73 juta bayaran saman dikutip menerusi aplikasi MyBayar Saman dalam tempoh 18 hari sejak ia dilancarkan pada 25 Mac lalu.

Katanya, jumlah itu membabitkan sebanyak 659,998 saman yang dibayar.

"Sebanyak 56,909 saman dijelaskan membabitkan bayaran berjumlah RM6.28 juta pada semalam (Ahad)," katanya.

Tambah Azisman, seramai 708,030 pengguna telah berdaftar dengan aplikasi terbabit.

ARTIKEL BERKAITAN: Diskaun 50 peratus saman sempena Hari Polis

Pada 25 Mac lalu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, tawaran sempena sambutan Hari Polis ke-214 itu akan bermula pada 25 Mac hingga 11 April.

Kata Abdul Hamid, semua jenis kompaun saman diberikan diskaun 50 peratus sehingga 11 April ini kecuali enam kesalahan utama iaitu memotong garis kembar, memandu di lorong kecemasan, memandu melebihi had laju ditetapkan di lebuh raya, menggunakan telefon bimbit semasa memandu dan tidak berhenti di lampu isyarat.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!