X

Kindly register in order to view this article
!

Menteri tiada kuasa tangguh arahan Ketua Polis Negara

Nik Ahmad Kamal, M Hafiz
A
A

SHAH ALAM - Menteri Dalam Negeri tidak ada kuasa untuk menangguhkan atau campur tangan dalam arahan Ketua Polis Negara (KPN) terhadap apa-apa kuasa seperti yang terkandung dalam Akta Polis 1967.

Peguam M Hafiz Zainol berkata, lantikan setiap anggota polis dari peringkat bawah sehingga atasan adalah mengikut Akta Polis.

“Akta Polis menyatakan setiap anggota polis adalah di bawah perintah KPN.

“Menteri tak ada hierarki dalam pentadbiran polis.

“Menteri hanya boleh campur tangan berkenaan kawalan mengikut Akta Polis,” katanya pada Ahad.

Ujarnya, Seksyen 4(1) Akta Polis 1967 menyatakan pasukan polis hendaklah berada di bawah perintah KPN dan bertanggungjawab kepada menteri bagi kawalan dan arahan pasukan.

“Jadi maksudnya, berkenaan dengan perintah, arahan utama ialah daripada KPN.

“Yang boleh melangkaui perintah KPN adalah Yang di-Pertuan Agong sahaja,” ujarnya.

Sementara itu, Pensyarah Undang-Undang daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Profesor Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood berkata, terdapat pelbagai peraturan, pekeliling dan perintah yang perlu dibaca bersama dengan Seksyen 4(1) Akta Polis 1967 dalam isu tersebut.“Dari segi fungsi KPN, jelas beliau berkuasa dalam pentadbiran Polis Diraja Malaysia.

“Secara keseluruhan perlu dilihat peraturan termasuk pekeliling mengenai kuasa KPN dalam isu pertukaran pegawai polis,” katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus
Kartel dalam PDRM: Masih terlalu awal tubuh RCI
JERANTUT - Masih terlalu awal untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan dakwaan Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador...
PDRM kenal pasti calon timbalan ketua polis negara: Acryl Sani
KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengenal pasti dan menyenarai pendek nama calon untuk mengisi kekosongan jawatan Timbalan Ketua...
Selamat bertugas KPN
AWANG nak ucapkan tahniah pada Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani yang dilantik sebagai Ketua Polis Negara (KPN) yang baharu.
Ordinan berita palsu mudahkan polis bertindak: KPN
IPOH - Pewartaan Ordinan Darurat Kuasa-kuasa Perlu (No.2) 2021 yang telah berkuat kuasa akan memudahkan polis mengambil tindakan terhadap mana-mana...

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!