Bielsa sifatkan Leeds berhak menang

Pemain Leeds meraikan kemenangan menewaskan Manchester City.
Pemain Leeds meraikan kemenangan menewaskan Manchester City.
A
A
A

PENGENDALI Leeds United, Marcelo Bielsa menyifatkan skuad kendaliannya itu berhak atas kemenangan 2-1 ke atas pendahlulu Liga Perdana Inggeris (EPL) Manchester City, di Etihad kelmarin.

Bielsa berkata, kemenangan berkenaan di luar jangkaannya apatah lagi setelah pemain pertahanan The Whites, Liam Cooper dilayangkan kad merah pada masa kecederaan separuh masa pertama.

Menurut Bielsa, biarpun hanya beraksi dengan 10 pemain namun pemain dilihat masih mampu mempamerkan aksi bertenaga bagi menghasilkan kemenangan berkenaan.

“Kami memang berhak untuk menang, tapi untuk lebih adil sewajarnya City yang memenangi perlawanan ini.

“Secara jujurnya kami telah mengharungi perlawanan sukar ini; namun kami tetap mencuba sedaya upaya walaupun sedar City mendominasi permainan selain memiliki kelebihan menjaringkan gol,” katanya.

Pada perlawanan berkenaan Stuart Dallas membuka jaringan pada minit ke-42, namun berjaya disamakan oleh Ferran Tores pada minit ke-76.

Namun Dallas kemudiannya menjaringkan gol kedua yang juga gol kemenangan Leeds pada masa kecederaan.

Kemenangan itu menyaksikan Leeds kini berada pada kedudukan kesembilan dengan 45 mata manakala City terus berada di puncak EPL dengan 74 mata.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu Dallas menyifatkan kemenangannya berkenaan sebagai satu keputusan ‘hebat’ dan seterusnya menyaksikan skud The Whites itu memperbaiki kedudukan dalam carta EPL kali ini.

“Kemenangan ini satu keputusan hebat buat kami. Kami mengharungi satu perlawanan yang sukar; terutamanya apabila hanya beraksi dengan 10 pemain.

“Namun, kami berjaya mengekang asakan-asakan City di sepanjang perlawanan,” katanya.