Bersatu masuk Sabah: Warisan beri kenyataan esok

No Image Caption
A
A
A

PENAMPANG - Timbalan Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Darell Leiking menyerahkan kepada presiden parti, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal untuk memberi kenyataan berhubung kemasukan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) ke Sabah.

Beliau berkata, Mohd Shafie, yang juga Ketua Menteri Sabah, dijangka membuat kenyataan berhubung perkara itu esok.

ARTIKEL BERKAITAN: Mahathir sahkan Bersatu masuk Sabah

Beliau berkata demikian ketika mengulas pengumuman Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad, semalam bahawa parti itu bersetuju menubuhkan cawangannya di Sabah bagi membolehkan bekas anggota UMNO Sabah menyertainya.

Terdahulu, Darell, yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, merasmikan Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii) Sabah di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, katanya, tiada sebarang pertemuan diadakan antara Mohd Shafie dan anggota MajlisTertinggi Warisan setakat ini, namun, pada kebiasaannya perjumpaan antara pemimpin tertinggi parti diadakan setiap Sabtu dan Ahad. - Bernama

Artikel Berkaitan: