Anak Zahid letak jawatan Ahli Perbadanan SME Corp

Nurulhidayah meletak jawatan sebagai ahli Perbadanan SME Corp, agensi Kementerian Pembangunan Usahawan (MEDAC).
Nurulhidayah meletak jawatan sebagai ahli Perbadanan SME Corp, agensi Kementerian Pembangunan Usahawan (MEDAC).
A
A
A

SHAH ALAM - Anak kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi iaitu Datuk Nurulhidayah meletak jawatan sebagai ahli Perbadanan SME Corp, agensi Kementerian Pembangunan Usahawan (MEDAC).

Peletakan jawatan itu didakwa sebagai menyahut seruan perwakilan pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2020.

Memetik laporan MalaysiaKini, Nurulhidayah memaklumkan peletakan jawatannya pada satu hantaran di Instagram pada Jumaat yang disertai surat peletakan jawatannya serta-merta bertarikh 6 April lalu kepada Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

"Jawatan yang dilantik saya sukarela lepaskan. Jawatan yang dipilih atas pemilihan yang sah, wajib dipertahankan.

"Soalan saya siapa tidak ada 'telor' sekarang," katanya yang dilantik menjawat jawatan berkenaan pada 4 Januari lalu.

Pada hantaran itu, Nurulhidayah dipercayai membayangkan peletakan jawatannya berkait konflik dalaman kepimpinan UMNO dan desakan supaya bapanya Ahmad Zahid berundur sebagai presiden parti.

Walau bagaimanapun, Nurulhidayah menjelaskan bahawa penggunaan ungkapan 'tidak ada telor' itu tidak berkaitan dengan penampilan dirinya atau mereka yang sefesyen dengannya.

"Berani kerana benar," tulisnya dengan huruf besar menunjukkan penegasan.

Artikel Berkaitan:

Untuk rekod, ungkapan bahasa slang 'ada telur' merujuk kepada keberanian, manakala 'tidak ada telur' bermaksud penakut.