Penumpang jatuh feri belum ditemui

Mangsa dilihat terapung selepas dikatakan terjatuh daripada sebuah feri.
Mangsa dilihat terapung selepas dikatakan terjatuh daripada sebuah feri.
A
A
A

GEORGETOWN - Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang penumpang yang dilaporkan terjatuh dari sebuah feri pagi kelmarin diperluaskan iaitu 18 batu nautika persegi dari kawasan mangsa dipercayai terjatuh.

Jurucakap Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) berkata, setakat ini identiti dan maklumat berkaitan mangsa masih belum diperolehi.

Menurutnya, operasi yang masuk hari kedua bersambung pagi tadi bermula jam 7.30 pagi itu melibatkan tiga sektor pencarian dan disertai beberapa agensi lain seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM)

Turut terlibat dengan SAR berkenaan dan Pasukan Polis Marin dan Jabatan Laut.

Difahamkan setakat ini polis tidak menerima sebarang laporan berkaitan orang hilang.

Semalam Sinar Harian melaporkan seorang penumpang dikhuatiri hilang selepas terjatuh dari feri penumpang, Feri Pulau Undan kira-kira jam 9.20 pagi.

Pengarah Maritim Pulau Pinang, Kepten Maritim Hamizan Harun berkata, mangsa terjatuh di 0.8 batu nautika Barat Laut Terminal Feri Butterworth namun identiti mangsa belum dikenal pasti.

Menurutnya, operasi mencari dan menyelamat telah dilancarkan bermula jam 9.50 pagi.

Artikel Berkaitan: