Operasi mencari kapal selam hilang dipergiatkan

Shahzada Dawood (kanan) yang turut berada dalam kapal selam yang hilang sejak Ahad. - Agensi
Shahzada Dawood (kanan) yang turut berada dalam kapal selam yang hilang sejak Ahad. - Agensi
A
A
A

BOSTON - Pengawal Pantai Amerika Syarikat (AS) berkata bahawa misi pencarian sebuah kapal selam Titan dinaiki lima krew yang berhampiran bangkai Titanic di pantai timur Kanada masih diteruskan.

Menurut pihak berkuasa, kapal sepanjang 6.5 meter yang dikendalikan syarikat OceanGate Expeditions mula menyelam pada Ahad, bagaimanapun dilaporkan terputus hubungan dengan darat kurang dua jam berada di dasar laut.

Pegawai AS berkata, pihaknya telah melancarkan dua pesawat untuk meninjau di kawasan terpencil di Atlantik Utara, manakala rakan sejawatan dari Kanada turut mengerahkan sebuah pesawat dan kapal.

Namun, setakat ini tiada laporan penemuan atau isyarat sejak ia hilang dan Pegawal Pantai AS yang berpangkalan di Boston berkata bahawa operasi mencari menggunakan pesawat 'telah selesai' setakat Selasa.

"Polar Prince dan @Rescue106 akan melakukan operasi mencari di permukaan sepanjang waktu petang,"kata Pengawal Pantai AS menerusi ciapan di Twitter.

Tambahnya, pencari oleh pesawat Kanada menggunakan teknik pelampung untuk mengimbas bawah permukaan akan diteruskan sehingga ia dijumpai.

Difahamkan, salah seorang penumpang dikenal pasti sebagai ahli perniagaan British, Hamish Harding yang mempunyai syarikat penerbangan dan telah menyiarkan mengenai ekspedisi dalam media sosial.

Selain itu, seorang ahli perniagaan Pakistan, Shahzada Dawood yang juga pengerusi konglomerat Engro dan anaknya Suleman dilaporkan turut berada dalam kapal tersebut.

"Ia adalah satu cabaran besar untuk menjalankan pencarian di kawasan yang terpencil itu, tetapi kami mengerahkan semua aset yang ada bagi mengesan kapal itu dan menyelamatkan semya orang di dalam kapal tersebut.

"Ia menjadi sangat kritikal kerana kapal dan krew itu hanya mempunyai oksigen tempoh 96 jam saja," kata Laksamana Pengawal Pantai AS, John Mauger. - AFP