Perpindahan Mbappe cetus tanda tanya

Kylian Mbappe
Kylian Mbappe
A
A
A

PENGENDALI Real Madrid, Zinedine Zidane sekadar melabelkan Kylian Mbappe 'pemain hebat' di sebalik spekulasi penyerang sensasi Paris Saint-Germain (PSG) itu bakal berhijrah ke Sepanyol.

"Saya cukup mengenalinya. Kami saling mengenali antara satu sama lain tetapi dia bukan pemain saya, jadi saya tidak boleh memberikan sebarang kenyataan.

"Dia merupakan seorang pemain yang hebat. Biarlah kita lihat apa yang akan dia putuskan mengenai masa depannya tetapi itu semua bukan keutamaan saya buat masa ini," katanya.

Pengendali PSG, Mauricio Pochettino pula menganggap fokus Mbappe tidak akan terganggu dengan spekulasi itu biarpun kontraknya bersama PSG akan berakhir pada hujung musim ini

"Kylian sangat matang walaupun dia masih muda. Bagi pihak kelab, kami sedang berusaha mencapai kata sepakat bagi membolehkan Kylian terus kekal untuk tempoh yang lama.

"Inilah yang dimahukan kelab. Kami tidak boleh mengawal segala-galanya yang berlaku di luar kelab tetapi semua itu tidak akan memberikan kesan kepada kami," ujar Pochettino.

Mbappe yang membantu Perancis menjuarai Piala Dunia 2018 telah lama dikaitkan dengan perpindahan ke Real sebelum dia membuat keputusan menyertai Monaco.

Artikel Berkaitan: