Sabah, Sarawak dikenali sebagai wilayah sebelum pembentukan Malaysia

Hajiji menerima 10,000 borang permohonan untuk menyertai Bersatu daripada Ketua Zon 5 Bersatu, Datuk Zakaria Edris (kiri) dalam majlis bersama pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di Sandakan.
Hajiji menerima 10,000 borang permohonan untuk menyertai Bersatu daripada Ketua Zon 5 Bersatu, Datuk Zakaria Edris (kiri) dalam majlis bersama pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di Sandakan.
A
A
A

SANDAKAN - Sabah dan Sarawak dikenali sebagai wilayah sebelum bersetuju untuk bergabung dengan Tanah Melayu dalam pembentukan Malaysia.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, walaupun belum secara rasmi, namun ia adalah sebagai satu usaha untuk menyatukan Malaysia.

"Mungkin ini yang dimahukan oleh orang-orang di Sabah dan Sarawak iaitu kembali semula kepada syarat asal sebelum pembentukan Malaysia," katanya kepada pemberita selepas majlis bersama pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pada malam Khamis.

Berhubung Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), Hajiji yang juga Pengerusi Bersatu berkata, perbincangan di peringkat tertinggi sedang dilakukan dan semua pihak berusaha untuk mendapatkan apa yang betul dan terbaik untuk Sabah.

"Insya-ALLAH kita akan melihat perkembangan positif dalam perkara ini," katanya.

Mengulas berhubung majlis itu, Hajiji menasihatkan jentera Bersatu Sabah supaya bersiap sedia menghadapi pilihan raya yang mungkin akan diadakan selepas darurat ditamatkan.

"Siapa sahaja yang dipilih sebagai calon kita mesti sokong," katanya.

Dalam masa sama, Hajiji turut menyifatkan kenyataan Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin bahawa tidak boleh berlaku pertembungan antara UMNO dan Bersatu dalam pilihan raya sebagai bijak dan matang dalam berpolitik.

Artikel Berkaitan:

"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Bung Moktar atas kenyataan beliau yang bijak. Apa yang penting, kami mengukuhkan hubungan kami dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS)," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Terma wilayah bezakan Sabah, Sarawak dengan Semenanjung