Dua individu didenda langgar undang-undang PBT

No Image Caption
A
A
A

BANTING - Seorang pemilik anjing dijatuhkan hukuman denda RM1,500 atau sebulan penjara oleh Mahkamah Majistret Telok Datok pada Khamis.

Ia selepas pelaku didapati bersalah kerana memelihara dan menyimpan seekor anjing tanpa lesen daripada Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) di rumahnya di Taman Yayasan, Jenjarom.

Kesalahan adalah di bawah Undang-Undang Kecil 3(1), Undang-Undang Kecil Pelesenan Anjing (MDKL) 2007.

Pendakwaan dilakukan oleh Ketua Pegawai Pendakwa MPKL, Hasrizal Abdul Rahim di hadapan Majistret Mahkamah Telok Datok, Saifuddin Rafie.

Yang Dipertua MPKL, Datuk Amirul Azizan Abd Rahim berkata, semua pemilik premis yang ingin memelihara anjing di dalam kawasan perumahan, hendaklah mendapatkan lesen daripada MDKL terlebih dahulu.

"Ia bagi mengelakkan kacau ganggu, bunyi bising dan boleh menggangu ketenteraman jiran tetangga di kawasan perumahan. Ia juga bagi mengelak penyakit berjangkit bawaan anjing.

"Segala permohonan berkaitan lesen, boleh berurusan dengan Jabatan Pelesenan Majlis Perbandaran Kuala Langat melalui talian 03-31872825 sambungan 161/150," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Di mahkamah yang sama, seorang pengusaha lori turut dikenakan hukuman denda RM1,500 atau sebulan penjara kerana telah meletakkan lori melebihi dua tan metrik, di bahu jalan di kawasan Taman Sri Putra, Banting.

Artikel Berkaitan:

Amirul Azizan berkata, pengusaha dan pemandu kenderaan berat seharusnya mengetahui larangan meletakkan kenderaan berat di dalam kawasan perumahan.

Katanya, MPKL akan sentiasa memantau dan mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap kepada sesiapa juga yang melanggar undang-undang sedia ada.