X

Kindly register in order to view this article
!

Zahid tidak layak terus pegang jawatan, kata Ku Li

Muka hadapan Sinar Harian hari ini.
A
A

KUALA LUMPUR - Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi perlu bertanggungjawab dan tidak layak untuk terus memegang jawatan tersebut sekiranya pendedahan audio antara dirinya dan Presiden Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim didapati tulen.

Veteran UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah berkata, banyak pihak terutama ahli-ahli UMNO meletakkan harapan tinggi terhadap Ahmad Zahid untuk memimpin parti itu dengan baik.

“Pada pandangan saya tak baguslah, seorang pemimpin patut tidak berlagak macam itu. Dia mesti lebih bertanggungjawab sebab orang meletakkan harapan kepada dia untuk memimpin dengan lebih baik. Jangan dia ambil mudah.

“Mengenai rakan audio ini, tak tahulah betul atau tak tapi dengar suara macam dia punya suara.

“Kalau benar itu suara dia, kalau benar dia mempunyai niat macam itu. Sebagaimana suara dia sememangnya dia tidak bertanggungjawab, tidak layak kekal di situ,” katanya ketika ditemui Sinar Harian pada Rabu.

Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai pertemuan dengan Ahmad Zahid dan Pengerusi Lembaga Penasihat Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum Perhimpunan Agung UMNO, Tengku Razaleigh berkata, mereka sekadar datang untuk meminta nasihat.

ARTIKEL BERKAITAN: Zahid nafi perbualannya bersama Anwar

“Dia ada jumpa. Dia dengan Najib ada jumpa saya, nak tanya sama ada saya bersetuju dengan persiapan yang telah disiapkan oleh mereka berdua.

“Saya kata, jalan seperti biasa, sebab pada Perhimpunan Agung UMNO, biasanya perwakilan UMNO akan ikut kehendak pemimpin asalkan kita ikhlas dan terus terang dengan mereka (ahli).

“Mereka akan ikut kehendak kita. Jadi, itu sahaja nasihat saya, tiada agenda tertentu,” katanya yang juga Ahli Parlimen Gua Musang.

Tengku Razaleigh
Tengku Razaleigh


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!