E-Board INSKEN bimbing usahawan tingkat jualan

Antara peserta yang hadir pada Majlis Graduasi E-Board Kohort 2 tahun 2020 di Cyberjaya pada Rabu.
Antara peserta yang hadir pada Majlis Graduasi E-Board Kohort 2 tahun 2020 di Cyberjaya pada Rabu.
A
A
A

CYBERJAYA - Pemilik Dr Kayu Network, Nur Liyana Che Md Azim yang hampir berputus asa menutup perniagaan akibat Covid-19 berjaya meningkatkan jualan melalui Program Online Onboarding Coaching Programme (E- Board) anjuran Institut Keusahawanan Negara Berhad (INSKEN).

Lebih menggembirakan apabila beliau turut mencatatkan peningkatan jualan tertinggi iaitu daripada jualan hanya tiga angka kepada lima angka atau 4,467.25 peratus lonjakan selepas tamat program.

E-Board merupakan inisiatif untuk melatih serta membimbing usahawan menggunakan platform dalam talian dan e-dagang untuk menjual serta memasarkan produk dan perkhidmatan.

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, 208 usahawan mengikuti E-Board Kohort 2 pada 2020 dan berjaya menamatkan program bimbingan selama empat bulan bermula November 2020 hingga Februari 2021.

Menurutnya, INSKEN sekali lagi merekodkan kecemerlangan melalui E- Board Kohort 2 dengan pencapaian 32.70 peratus purata peningkatan jualan.

“Pencapaian paling memberangsangkan yang dicatat adalah 4,467.25 peratus peningkatan jualan oleh seorang usahawan daripada industri pembuatan dan pertukangan.

“40 peratus daripada 208 peserta E-Board Kohort 2 ini telah mencapai sasaran minima peningkatan jualan sebanyak 20 peratus," katanya ketika Majlis Graduasi E-Board Kohort 2 tahun 2020 di sini pada Rabu.

Artikel Berkaitan: