Banjir: Lima sekolah di Sabah masih terjejas

Antara sekolah yang terjejas akibat banjir di Beaufort.
Antara sekolah yang terjejas akibat banjir di Beaufort.
A
A
A

KOTA KINABALU - Sebanyak lima sekolah di Sabah tidak dapat memulakan sesi persekolahan tahun 2026 yang bermula Isnin, selepas terjejas akibat banjir yang melanda sejak 2 Januari lalu.

Pengarah Pendidikan Negeri Sabah, Datuk Raisin Saidin berkata, kesemua sekolah yang terlibat terletak di daerah Beaufort.

"Sekolah yang masih terjejas banjir ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Bangkalalak, SK Garama, SK Jabang, SK Kebulu, SK Lago dan SK Suasa.

"Bagaimanapun, bagi daerah lain, sesi persekolahan berjalan seperti biasa," katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.

Raisin dalam pada itu turut memaklumkan, seramai 490,314 murid dan pelajar sekolah rendah serta menengah akan memulakan sesi persekolahan pada tahun ini.

"Pecahan melibatkan seramai 276,144 murid sekolah rendah manakala 214,170 lagi pelajar sekolah menengah.

"Jumlah itu juga melibatkan seramai 43,385 murid Tahun Satu dan 44,851 pelajar Tingkatan Satu akan memulakan sesi persekolahan masing-masing esok," jelasnya.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Lima sekolah di Sabah tidak dapat memulakan sesi persekolahan tahun 2026 akibat banjir
  • Kesemua sekolah yang terlibat terletak di daerah Beaufort
  • Banjir mempengaruhi Sekolah Kebangsaan Bangkalalak, SK Garama, SK Jabang, SK Kebulu, SK Lago dan SK Suasa
  • Sesi persekolahan di daerah lain berjalan seperti biasa
  • Seramai 490,314 murid dan pelajar akan memulakan sesi persekolahan pada tahun ini di Sabah

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!