Kartel projek RM3.8 bilion: Pegawai kanan kerajaan diberkas

Suspek dibawa ke Mahkamah Majistret untuk permohonan tahanan reman.
Suspek dibawa ke Mahkamah Majistret untuk permohonan tahanan reman.
A
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memberkas seorang pegawai kanan sebuah agensi susulan pembongkaran kartel tender kerajaan bernilai RM3.8 bilion.

Lelaki berusia 38 tahun yang bekerja sebagai juru ukur bahan gred 48 dipercayai terlibat dalam kerja-kerja penyediaan 'bill of quatity' (BQ) bagi projek-projek yang ditawarkan agensi terbabit.

Menurut sumber, dia dipercayai menerima rasuah bagi membocorkan maklumat berhubung spesifikasi projek kepada ketua sindiket untuk memudahkan penyediaan dokumen tender.

"Pegawai terbabit ditahan lewat malam semalam di rumahnya di Ampang," katanya.

Beliau berkata, hasil risikan mendapati lelaki itu menerima rasuah sebanyak RM300,000 bagi maklumat yang disalurkan kepada ketua sindiket.

"Setakat ini sebanyak empat kali pembayaran dibuat kepada lelaki itu dianggarkan berjumlah RM1.2 juta," katanya.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki mengesahkan tangkapan berkenaan namun enggan mengulas lanjut.

Katanya, siasatan masih berjalan dan dipercayai lebih ramai akan ditahan berhubung kes ini.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, Mahkamah Majistret Putrajaya membenarkan lelaki itu direman selama enam hari sehingga 12 April depan.

Perintah berkenaan dikeluarkan oleh Majistret Shah Wira Abdul Halim.

ARTIKEL BERKAITAN: SPRM tumpas sindiket kartel projek RM3.8 bilion