Lingard buktikan ketajaman

Lingard
Lingard
A
A
A

PENGENDALI West Ham United, David Moyes memuji impak yang dipamerkan Jesse Lingard ketika membantu pasukan menundukkan Wolverhampton 3-2 dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Molineux pada awal pagi Selasa.

Menurutnya, Lingard membuktikan keupayaanya dan menjadi antara pemain paling menyerlah terutama dalam gerakan mencipta gol buat The Hammers pada ketika ini dibandingkan dengan pemain lain.

"Saya sebenarnya risau mengenai kepantasan Lingard dalam perlawanan ini kerana lawan ada Adama Traore dan Pedro Neto yang sangat laju dan boleh menghalang Lingard. Tetapi, pada hari ini Lingard menunjukkan dia juga sebenarnya pantas.

"Lingard menunjukkan gaya gelecekkan klasik dan menggunakan kepantasannya untuk meloloskan diri daripada pihak lawan. Selepas tamat perlawanan, saya katakan kepadanya bahawa dia telah memberikan perbezaan kepada pasukan.

"Saya jarang memuji seorang pemain dengan menilai hanya beberapa perlawanan, tetapi saya perlu memberikan pujian kepada Lingard," katanya.

Dalam perlawanan itu, Lingard membuka tirai jaringan buat West Ham seawal minit keenam sebelum Pablo Fornals dan Jarrod Bowen memastikan pasukan pelawat itu unggul di depan manakala Wolves hanya mampu merapatkan kedudukan menerusi gol Leander Dendoncker dan Fabio Silva.

Pemain yang dipinjamkan daripada Manchester United itu telah menjaringkan enam gol dan menyumbang tiga bantuan gol sejak melakukan debut buat The Hammers pada 3 Februari lalu.

Dalam pada itu, Lingard mengakui menikmati kariernya di West Ham selepas persembahan kurang memuaskan dipamerkan pemain sayap berusia 28 tahun itu ketika bersama The Red Devils.

Artikel Berkaitan:

"Saya rasa peningkatan persembahan saya ini kerana konsistensi yang saya berjaya kekalkan dalam setiap perlawanan.

"Secara jujurnya saya tidak bermain dengan kerap dalam tempoh dua tahun kebelakangan ini. Peluang bermain yang diberikan di West Ham berjaya mengembalikan prestasi saya ke tahap yang terbaik," katanya.