8 maut kapal layar terbalik di Tasik Laos

Terdapat 39 penumpang di dalam kapal, 31 daripadanya berjaya diselamatkan. Foto: Sumber internet.
Terdapat 39 penumpang di dalam kapal, 31 daripadanya berjaya diselamatkan. Foto: Sumber internet.
A
A
A

MOSCOW - Lapan orang maut selepas sebuah kapal layar terbalik di Tasik Nam Ngum di utara Laos pada Ahad, lapor Sputnik memetik laporan Agensi Berita Lao.

Kapal layar itu terbalik disebabkan angin kencang ketika berada 40 meter dari pantai.

Terdapat 39 penumpang di dalam kapal, 31 daripadanya berjaya diselamatkan.

Mayat semua mangsa telah ditemui. - Bernama

Artikel Berkaitan: