Niaga hadapan emas tidak diniagakan pagi ini

Gambar hiasan. Foto 123rf
Gambar hiasan. Foto 123rf
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dibuka tanpa sebarang dagangan dicatatkan pagi ini.

Pada jam 9.32 pagi, bulan semerta April 2021 dan Mei 2021 masing-masing disebut harga pada RM233 segram.

Jun 2021 kekal pada RM225.00 segram dan Julai 2021 pada harga RM230.00 gram.

Jumlah dagangan tiada sementara kepentingan terbuka sebanyak 10 kontrak.

Pada jam 9.30 pagi, harga emas fizikal meningkat lapan sen kepada RM222.59 satu gram daripada RM222.51 satu gram pada jam 5 petang Jumaat. - Bernama

Artikel Berkaitan: