Buat sistem penggiliran pelajar balik sekolah

Suasana sesak di hadapan pintu pagar utama SMK Sultan Ahmad, Kuala Terengganu yang sempat dirakam, semasa penyuraian balik sekolah, pada Ahad.
Suasana sesak di hadapan pintu pagar utama SMK Sultan Ahmad, Kuala Terengganu yang sempat dirakam, semasa penyuraian balik sekolah, pada Ahad.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Pihak pengurusan sekolah disaran melakukan penambahbaikan sistem penggiliran kelas selepas tamat sesi persekolahan bagi mengelak kesesakan di luar pagar.

Pengarah Jabatan Pendidikan negeri, Salim Ab Ghani berkata, saranan ini perlu dilakukan oleh pihak pengurusan sekolah yang mempunyai jumlah pelajar ramai dan hanya mempunyai satu pintu pagar utama untuk laluan kenderaan keluar masuk.

Menurutnya, pihak pengurusan sekolah yang terletak di jalan raya utama juga perlu mengambil perhatian bagi memastikan sepanjang tempoh penyuraian berjalan lancar dan keselamatan pelajar lebih terjamin.

"Waktu pelajar dibenarkan keluar sekolah mungkin boleh disemak semula dengan membahagikan sehingga empat peringkat mengikut kesesuaian jumlah pelajar agar tidak berlaku kesesakan semasa pelajar keluar ditambah pula dengan kenderaan ibu bapa yang sedang menunggu luar pagar sekolah.

"Pihak pengurusan sekolah terlibat disaran menghantar jadual tamat sesi persekolahan bagi menangani masalah ibu bapa berkumpul di luar pagar sekolah selain dapat mengelak berlakunya kesesakan di luar pagar sekolah dan pelanggaran prosedur operasi standard (SOP)," katanya pada Ahad.

Beliau berkata sedemikian selepas melakukan pemantauan penyuraian balik sekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Ahmad di sini sempena hari pertama sesi persekolahan secara bersemuka membabitkan pelajar sekolah menengah.

Katanya, sikap ibu bapa yang berkumpul menunggu anak di luar sekolah tanpa melakukan sebarang penjarakan fizikal perlu ditangani segera kerana masih boleh mengundang kepada penularan Covid-19.

Artikel Berkaitan: