Covid-19: 1,349 kes baharu, dua kematian

DR NOOR HISHAM
DR NOOR HISHAM
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Sebanyak 1,349 kes baharu Covid-19 dan dua kematian direkodkan pada Ahad, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata, daripada jumlah kes baharu tersebut, sebanyak 1,342 adalah kes penularan tempatan manakala tujuh lagi merupakan kes import.

Katanya, Sarawak mencatat kes baharu tertinggi dengan 419 kes, diikuti Selangor (343) dan Pulau Pinang (185).

“Sebanyak 1,270 kes sembuh dicatatkan, menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh kini 335,162. Selain itu, 186 kes dirawat di Unit Rawatan Rapi dengan 94 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan,” katanya dalam kenyataan mengenai Covid-19 pada Ahad.

Dr Noor Hisham turut memaklumkan 10 kluster baharu dikenal pasti iaitu Kluster Jalan Maju Cemerlang dan Kluster Jalan Murni Satu, Johor; Kluster Jalan Suasana (Selangor), Kluster Danan (Kelantan) serta Kluster Jalan Alamanda (Putrajaya) yang merupakan kluster tempat kerja.

Empat kluster komuniti turut dikesan iaitu Kluster Sungai Mupong dan Kluster Sungai Rassau, Sarawak; Kluster Kampung Batu Lapan Lekir (Perak) serta Kluster Rich Park (Sabah), selain satu kluster pusat tahanan iaitu Kluster Tembok Sri Aman di Sarawak. - Bernama

Artikel Berkaitan: