31 kakitangan Ketengah terima APC

Abdul Rahman (dua kanan) dan Razali (kanan) beramah mesra bersama sebahagian penerima APC Ketengah 2020 di Balai Orang Ramai, Bandar Al Muktafi Billah Shah, Dungun, pada Rabu.
Abdul Rahman (dua kanan) dan Razali (kanan) beramah mesra bersama sebahagian penerima APC Ketengah 2020 di Balai Orang Ramai, Bandar Al Muktafi Billah Shah, Dungun, pada Rabu.
A
A
A

DUNGUN - Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) merupakan acara tahunan Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) untuk mengiktiraf kakitangan serta pegawainya yang memberikan perkhidmatan cemerlang serta membudayakan kerja berprestasi tinggi dan berinovasi.

Selain itu, acara tahunan itu turut menghargai jasa, sumbangan dan pengorbanan mereka dalam melaksanakan tanggungjawab sama ada tugasan rasmi mahupun penglibatan aktif dalam kegiatan sukan, sosial dan kemasyarakatan.

Pengerusi Ketengah, Senator Datuk Razali Idris berkata, penganugerahan itu bukan sahaja sebagai dorongan kepada kakitangan yang menunjukkan komitmen dan dedikasi melaksanakan atau menghasilkan prestasi kerja cemerlang, bahkan melibatkan skop yang lebih luas.

“APC merupakan langkah ke arah membudayakan kecemerlangan menyeluruh dalam semua aspek pengurusan dan penyampaian perkhidmatan kerajaan khususnya kepada agensi ini sendiri.

“Kesungguhan dan komitmen tinggi yang ditunjukkan mampu membawa kepada kecemerlangan perkhidmatan,” katanya.

Abdul Rahman menyerahkan sijil penghargaan kepada salah seorang penerima APC Ketengah 2020 sempena majlis berkenaan yang diadakan di Balai Orang Ramai Bandar AL Muktafibillah Shah, Dungun pada Rabu.
Abdul Rahman menyerahkan sijil penghargaan kepada salah seorang penerima APC Ketengah 2020 sempena majlis berkenaan yang diadakan di Balai Orang Ramai Bandar AL Muktafibillah Shah, Dungun pada Rabu.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya sempena APC Ketengah 2020 di Balai Orang Ramai Bandar Al Muktafi Billah Shah di sini pada Rabu.

Hadir merasmikan majlis itu ialah Timbalan Menteri I Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad dan Pengurus Besar Ketengah, Tengku Ahmad Nadzri Tengku Musa.

Artikel Berkaitan:

Razali berkata, kecemerlangan itu boleh dijadikan sebagai pengukur bahawa perkhidmatan awam mampu menunaikan amanah dan tanggungjawab secara proaktif dan berkesan dalam menjayakan proses transformasi negara.

“Disiplin dan sikap bertanggungjawab perlu menjadi pegangan penjawat awam supaya dapat membentuk negara yang berjaya dan dihormati dunia.

“Apabila kita rajin bekerja, ikhlas dan amanah, kejayaan sudah tentu akan diperoleh.

Pembakar semangat

“Sebaliknya apabila diberi tanggungjawab namun diabaikan dan tidak bekerja bersungguh-sungguh bahkan terlibat dengan rasuah pula, maka negara tidak mungkin berjaya mencapai kemajuan yang diimpikan,” kata beliau.

Jelasnya, Ketengah sedang giat memperlengkap kemudahan dan perancangan masa depan demi memenuhi kehendak penduduk dalam menghadapi keadaan semasa yang sentiasa berubah.

“Masalah berhubung generasi kedua bukan sahaja berlaku dalam kalangan peneroka tetapi turut membabitkan penduduk kampung tradisi dan perbandaran di luar bandar.

“Ini semua kita perlu fikir dengan teliti kerana memerlukan tindakan yang berkesan misalnya dalam hal melibatkan peluang pekerjaan, fasiliti, pendidikan, perumahan dan ekonomi,” katanya.

Razali turut mengumumkan gaji semua kakitangan Ketengah tanpa mengira jawatan akan diselaraskan tidak kurang RM2,200 sebulan.

Seramai 31 kakitangan dan pegawai daripada pelbagai kategori menerima anugerah sebagai tanda pengiktirafan tersebut.

Sementara itu, Abdul Rahman berkata, pihaknya berharap inisiatif menjadikan APC sebagai acara tahunan akan dapat membakar semangat penjawat awam untuk mencapai kecemerlangan serta kualiti yang tinggi dalam apa jua tugasan yang diamanahkan pada bila-bila masa.

Abdul Rahman (duduk tengah), Razali (duduk,tiga kiri) dan Tengku Ahmad Nadzri, (duduk tiga kanan) bersama penerima APC Ketengah 2020.
Abdul Rahman (duduk tengah), Razali (duduk,tiga kiri) dan Tengku Ahmad Nadzri, (duduk tiga kanan) bersama penerima APC Ketengah 2020.

“Melalui cara ini kualiti dan budaya perkhidmatan awam di negara kita akan benar-benar bertunjangkan cita-cita menjadi negara maju,” katanya.

Tambahnya, kerajaan tidak pernah mengabaikan penjawat awam kerana setiap tahun semasa pengumuman bajet pasti ada penghargaan dan penambahbaikan diberikan oleh kerajaan.

“Antara insentif kepada penjawat awam menerusi Belanjawan 2021 adalah bantuan khas kewangan berjumlah RM600 kepada kakitangan awam Gred 56 ke bawah.

“Kerajaan juga memperkenalkan Skim Perlindungan Kemalangan Diri sehingga RM100,000 kepada peminjam baharu Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam bagi 2021 dan 2022.

“Ini menunjukkan keprihatinan kerajaan dalam melaksana dasar berkait penjawat awam,” kata beliau lagi.

Abdul Rahman berkata, sebagai sebuah kementerian yang ditugaskan membela nasib masyarakat luar bandar, jihad berterusan memajukan warga desa adalah amat penting dan menjadi keutamaan.

Abdul Rahman (tengah), Razali (depan kiri) dan Tengku Ahmad Nadzri (depan kanan) bergambar bersama penerima APC Ketengah 2020 di Balai Orang Ramai Bandar Al Muktafi Billah Shah, Dungun pada Rabu.
Abdul Rahman (tengah), Razali (depan kiri) dan Tengku Ahmad Nadzri (depan kanan) bergambar bersama penerima APC Ketengah 2020 di Balai Orang Ramai Bandar Al Muktafi Billah Shah, Dungun pada Rabu.

Senarai penerima APC Ketengah 2020:

Siti Hajar Aesyah Mohd Yusof (Pegawai Tadbir N41- Pentadbiran dan Pengurusan Sumber Manusia)

Nurul Hafizah Hisamuddin (Pegawai Tadbir N41- Hartanah dan Kuasa Tempatan)

Nur Amalina Mohd Basri (Pegawai Tadbir N41- Pembangunan Masyarakat dan Sosial)

Mohd Ali Mohd (Penolong Jurukur JA36- Hartanah dan Kuasa Tempatan)

Azzubir Shafiee (Penolong Pegawai Tadbir N32 - Hartanah dan Kuasa Tempatan (Ketengah Jaya)

Nor Shuhada Mohamad (Setiausaha Pejabat N29 - Pejabat Pengurus Besar)

Muhammad Iqraam Zainal (Penolong Pegawai Tadbir N29 - Hartanah dan Kuasa Tempatan)

Noarimi Abd Majid (Penolong Pegawai Tadbir N29- Hartanah dan Kuasa Tempatan)

Mohd Saifudin Ramli (Penolong Pegawai Pertanian G29: Hartanah dan Kuasa Tempatan (Ketengah Jaya)

Mohamad Fadzil Hanafi Badri (Penolong Pegawai Pertanian G29 Ekonomi dan Usahawan)

Ahmad Haflan Mohd Hanifah (Penolong Jurutera JA29 - Perkhidmatan Teknik)

Muda Jusoh (Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) N26 (memangku) Hartanah dan Kuasa Tempatan)

Tikah Bidin (Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) N22 Perancangan Strategik)

Mohd Ridzuan Abd Ghani ( Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) N19 Pentadbiran dan Pengurusan Sumber Manusia)

Mohd Izzat Zulhilmi Mohd Fauzi (Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) N19 Pentadbiran dan Pengurusan Sumber Manusia)

Nor Ahlina Mohd Ali (Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) N19 Kewangan dan Perakaunan)

Izurin Refin (Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) N19 Pembangunan Masyarakat dan Sosial)

Shahrul Azrie Muhammad Sauli (Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) N19 Pelancongan)

Muhamad Azim Abdul Talib (Pembantu Kemahiran H19 Perkhidmatan Teknik)

Alfizam Mohamad (Pereka B19 Komunikasi Korporat)

Wan Razmi Ismail (Pemandu Kenderaan H14 (Hartanah dan Kuasa Tempatan (Ceneh Baharu)

Razak Jusoh (Pemandu Kenderaan H14 (memangku) Pentadbiran dan Pengurusan Sumber Manusia)

Wan Shahfyzullah Wan Abdullah (Pemandu Kenderaan H11, Pentadbiran dan Pengurusan Sumber Manusia)

Irwan Abdullah (Pemandu Kenderaan H11, Hartanah dan Kuasa Tempatan (Bukit Besi)

Mohd Asyraf Yusoff (Pemandu Kenderaan H11 Hartanah dan Kuasa Tempatan (Ceneh Baharu)

Azhar Abdullah (Pembantu Awam H11, Pentadbiran dan Pengurusan Sumber Manusia)

Khairul Azmi Razali (Pembantu Awam H11, Hartanah dan Kuasa Tempatan)

Mazeri Abdullah (Pembantu Awam H11, Hartanah dan Kuasa Tempatan)

Omar Hassan Mohd Amin (Pembantu Awam H11, Hartanah dan Kuasa Tempatan)

Asmadi Deraman ( Pembantu Awam H11, Hartanah dan Kuasa Tempatan)

Ali Mamat Amin ( Pengawal Keselamatan KP11, Zon Bebas)