Cadang guna benih padi Agensi Nuklear Malaysia

Wan Rosdy meninjau operasi Kilang Padi Iktikaf Sepadu Sdn Bhd sempena perasmian kilang itu di sini pada Khamis.
Wan Rosdy meninjau operasi Kilang Padi Iktikaf Sepadu Sdn Bhd sempena perasmian kilang itu di sini pada Khamis.
A
A
A

ROMPIN - Penanam padi di daerah ini disaran menggunakan benih padi berkualiti tinggi termasuk Nuklear NMR 152 yang dibangunkan Agensi Nuklear Malaysia

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, benih padi itu berpotensi dan mampu menghasilkan sehingga lapan tan beras sehektar berbanding kira-kira empat tan sehektar daripada padi biasa.

Menurutnya, bagi mendapatkan hasil yang baik, sudah tentu memerlukan benih yang berkualiti justeru kerajaan negeri mencadang agar penanam padi di daerah ini beralih kepada benih padi nuklear tersebut untuk musim penanaman akan datang.

"Kerajaan negeri hanya mencadangkan namun tergantung kepada pesawah itu sendiri dan agensi yang berkaitan seperti Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi) yang mempunyai pakar untuk memilih benih padi yang sesuai untuk ditanam di sini,"katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Kilang Padi Iktikaf Sepadu Sdn Bhd di Kampung Leban Chondong di sini pada Khamis.

Wan Rosdy berkata, kewujudan Kilang Padi Iktikaf Sepadu Sdn Bhd yang beroperasi sejak awal tahun lalu secara tidak langsung menyumbang kepada peningkatan penghasilan dan pengeluaran beras bagi daerah Rompin khususnya dan negara amnya.

"Kilang berteknologi tinggi ini berupaya membawa anjakan baharu dalam pengeluaran beras di Rompin selain memudahkan pesawah menjual hasil padi dengan cepat tanpa perlu bersesak di kilang padi milik Padiberas Nasional Berhad (Bernas) sedia ada," katanya.

Artikel Berkaitan:

Wan Rosdy meninjau operasi Kilang Padi Iktikaf Sepadu Sdn Bhd sempena perasmian kilang itu di sini pada Khamis.
Wan Rosdy meninjau operasi Kilang Padi Iktikaf Sepadu Sdn Bhd sempena perasmian kilang itu di sini pada Khamis.

Tambah beliau, pesawah mempunyai pilihan untuk menjual hasil padi dan melalui proses yang lebih cepat, harga padi juga akan lebih baik," katanya.

"Pada masa sama, kilang ini membuka kira-kira 100 peluang pekerjaan kepada penduduk setempat," katanya.

Sementara itu, Pengarah Operasi Kilang Padi Iktikaf Sdn Bhd, Abd Rahim Mat Isa berkata, kilang padi itu antara yang termoden di negara ini dan mampu memproses 300 metrik tan beras sehari.

Menurutnya, kilang padi yang dibina di atas tapak seluas 3.6 hektar itu dibina pada 2018 dan beroperasi sepenuhnya pada awal tahun lalu dengan had simpanan sehingga 16,000 metrik tan dan 10,000 metik tan beras.

"Setakat ini bekalan padi yang diproses di kilang ini mencecah 50,000 metrik tan setahun dengan bekalan diperoleh dari seluruh Pahang.

"Kita sasarkan untuk membeli padi dari beberapa negeri lain termasuk Johor, Terengganu, Negeri Sembilan dan Melaka untuk meningkatkan bekalan pada masa akan datang,"katanya.

Abd Rahim berkata, beras yang dihasilkan di kilang itu untuk pasaran Pahang dan Johor.