'PAU 2020 tidak nyatakan kena letak jawatan serta-merta'

Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican bercakap semasa sidang media selepas Majlis Penyerahan Penugasan Sukarelawan Khidmat Sokongan Malaysia Vaccine Support Volunteers (MYVAC) di Kementerian Belia dan Sukan (KBS) hari ini. - Foto Bernama

A
A
A

PUTRAJAYA - Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2020 tidak menyatakan keperluan untuk menteri daripada UMNO meletak jawatan serta-merta dalam Kabinet kerajaan Perikatan Nasional (PN), kata Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.

Beliau yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO berkata, menteri-menteri daripada UMNO mempunyai tugasan yang perlu digalas serta keutamaan, dan ‘bergelumang’ dalam perjuangan untuk rakyat termasuk dalam program imunisasi Covid-19, kesihatan dan isu belia.

“Kalau kami abaikan tanggungjawab, parti (UMNO) yang akan dapat nama buruk, mereka akan mengatakan menteri UMNO tidak menjalankan tanggungjawab,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Penyerahan Penugasan Sukarelawan Khidmat Sokongan Malaysia Vaccine Support Volunteers (MyVAC) di sini pada Rabu.

ARTIKEL BERKAITAN: Menteri UMNO sepakat kekalkan Kabinet: Muhyiddin

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Rabu berkata, semua menteri daripada UMNO akan terus kekal dalam Kabinet kerajaan PN, setelah kesepakatan itu dicapai dalam pertemuannya dengan menteri-menteri daripada UMNO pada Isnin yang meminta nasihat berhubung kedudukan mereka dalam Kabinet.

Pada Ahad lalu, PAU 2020 meluluskan usul supaya tiada kerjasama dengan Bersatu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dan kebersamaan dalam kerajaan PN diteruskan hingga pembubaran Parlimen.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin bersama Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican (kanan) pada sidang media selepas Majlis Penyerahan Penugasan Sukarelawan Khidmat Sokongan Malaysia Vaccine Support Volunteers (MYVAC) di Kementerian Belia dan Sukan (KBS) hari ini. - Foto Bernama

Sementara itu, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin Abu Bakar pada majlis berasingan berkata, beliau akan terus fokus untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab dalam kerajaan selagi UMNO belum membuat apa-apa keputusan berhubung ahli yang memegang jawatan dalam Kabinet kerajaan PN.

Artikel Berkaitan:

“Pendirian kita terikat kepada keputusan parti (UMNO), selagi parti tidak buat apa-apa keputusan, jadi kita terus fokus tugas kita dalam kerajaan,” katanya selepas pelancaran kolaborasi korporat bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan di sini.

Khairy adalah Menteri Penyelaras program imunisasi berkenaan. - Bernama