X

Kindly register in order to view this article
!

Mesir tuntut pampasan daripada pemilik kapal Ever Given

Kapal kontena syarikat Evergreen merintangi Terusan Suez di Mesir akibat ribut pasir yang berlaku pada Selasa lalu.
A
A

ISMAILIA - Mesir akan menuntut pampasan daripada pemilik kapal kontena Ever Given yang menyekat laluan Terusan Suez, lapor Sputnik.

"Kami akan menuntut ganti rugi daripada pemilik kapal akibat daripada sekatan kapal itu termasuk penggunaan kapal tunda, kami akan menuntut kos sepenuhnya," kata pembantu Presiden Mesir mengenai pembangunan pelabuhan dan Terusan Suez, Laksamana Mohab Mamish,

Kapten kapal akan bertanggungjawab atas kejadian yang menyebabkan laluan Terusan Suez terhalang.

"Apa yang berlaku adalah tanggungjawab kapten kapal, terusan kita selamat," kata Mamish.

Kontena seberat 224,000 tan itu tersekat sejak Selasa lalu setelah dibadai angin kencang dan ribut pasir menyebabkan laluan dagangan penting itu terjejas.

Menurut laporan antarabangsa, kejadian tersebut menyebabkan sistem laluan kapal di terusan itu tergendala dengan sekurang-kurangnya 321 kapal terpaksa menunggu. - Bernama

ARTIKEL BERKAITAN: Kapal kontena gergasi Ever Given berjaya dialihkan

Perdagangan dunia terjejas kerana sebuah kapal


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!