X

Kindly register in order to view this article
!

Mayat Ami Azzizol, lemas di Tasik Kenyir ditemukan pagi ini

Mangsa yang baru seminggu melangsungkan perkahwinan, dikatakan telah mengalami kekejangan otot ketika berenang di Sungai Petuang, Jeram Harimau.
A
A

KUALA BERANG - Mayat seorang mangsa lemas yang berenang di Sungai Petuang, Tasik Kenyir, di sini, Sabtu lepas, ditemukan terapung di tengah tasik pada pukul 7.10 pagi tadi (Selasa).

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu Deputi Superintendan Mohd Adli Mat Daud berkata, mayat Ami Azzizol Abu Bakri, 22, ditemukan seorang pengusaha chalet rumah rakit pada jarak 1.5 kilometer dari lokasi mangsa dikatakan lemas.

"Pengusaha chalet rumah rakit tersebut bertindak memaklumkan penemuan mangsa kepada pasukan Polis Marin Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang meronda di kawasan berhampiran sebelum mayat mangsa dikeluarkan (dari tasik) oleh pihak bomba," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Selasa.

Mohd Adli berkata, mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Hulu Terengganu untuk tindakan lanjut.

Dalam kejadian pada jam 5.50 petang Sabtu lepas, mangsa yang baru seminggu melangsungkan perkahwinan, dikatakan telah mengalami kekejangan otot ketika berenang di Sungai Petuang, Jeram Harimau.

Kejadian itu turut disaksikan isteri, sepupu dan anak pemilik rumah rakit yang disewa mereka sekeluarga. - Bernama

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki dikhuatiri lemas ketika mandi di Sungai Petuang, Tasik Kenyir


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!