Campak murid: Guru tadika dibebaskan dengan jaminan polis

Laporan Sinar Harian pada Jumaat. Gambar kecil: Baharudin
Laporan Sinar Harian pada Jumaat. Gambar kecil: Baharudin
A
A
A

SHAH ALAM – Seorang guru yang dipercayai melakukan kekerasan ke atas anak muridnya di sebuah tadika swasta, di Jalan Kebun, di sini dibebaskan dengan jaminan polis pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, siasatan mendapati wanita itu adalah guru tetap di tadika berkenaan.

"Kita terima satu laporan yang dibuat oleh ibu kanak-kanak terbabit.

"Susulan itu, guru itu telah dipanggil untuk direkod keterangannya bagi tindakan lanjut pihak Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam," katanya pada Sabtu.

Beliau berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 31 (1) Akta Kanak-kanak 2001.

Tular di media sosial Facebook video berdurasi 10 saat yang mencetuskan kemarahan orang awam memaparkan seorang guru wanita mengangkat sebelum mencampak seorang murid lelaki sambil disaksikan oleh murid-murid tadika yang lain.

Kejadian dikatakan berlaku pada Khamis itu berlaku ketika sesi pembelajaran.

Susulan kejadian itu, difahamkan pihak sekolah mengambil tindakan terhadap guru berkenaan.

Artikel Berkaitan:

ARTIKEL BERKAITAN: Polis panggil guru tadika campak kanak-kanak

Tiada kompromi terhadap individu menyalahi Akta Kanak-kanak