Polis panggil guru tadika campak kanak-kanak

Video tular guru tadika campak kanak-kanak di sebuah tadika.
Video tular guru tadika campak kanak-kanak di sebuah tadika.
A
A
A

SHAH ALAM - Seorang guru di sebuah tadika swasta dipanggil oleh pihak polis untuk diambil keterangan pada Jumaat berkenaan video tular memaparkan wanita itu mencampak seorang kanak-kanak yang juga muridnya ketika sesi pembelajaran.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, pihaknya memanggil wanita terbabit setelah menerima laporan daripada ibu kepada murid tersebut.

Menurutnya, laporan polis sudah dibuat oleh ibu kanak-kanak tersebut dan kes masih dalam siasatan.

“Kes akan disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang mana jika disabitkan kesalahan, guru terbabit boleh dikenakan denda maksimum RM20,000 atau penjara sehingga 10 tahun, atau kedua-duanya sekali,” katanya pada Jumaat.

Video tular berdurasi 10 saat yang dimuat naik dalam media sosial itu memaparkan seorang guru wanita mengangkat kanak-kanak sebelum mencampaknya ke lantai yang turut disaksikan oleh murid-murid lain.

Kejadian terbabit didakwa berlaku di sebuah tadika swasta di Jalan Kebun, di sini.

Artikel Berkaitan: