Pendakwaan mahu kes Rizal Mansor dipindah ke mahkamah sama dengan Rosmah

Rizal
A
A

KUALA LUMPUR - Pihak pendakwaan memohon supaya kes rasuah dihadapi bekas pegawai khas, Datuk Seri Najib Razak, Datuk Rizal Mansor, dipindahkan ke Mahkamah Tinggi sama yang mendengar kes pengubahan wang haram membabitkan isteri bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Perkara itu dimaklumkan Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Seri Gopal Sri Ram yang bertindak sebagai Timbalan Pendakwa Raya, ketika prosiding dihadapan Hakim Mahkamah Tinggi Collin Sequerah.

Beliau berkata, dokumen berkaitan telah diserahkan kepada pihak pembelaan mengikut Seksyen 51A Kanun Acara Jenayah.

Sementara itu, peguam Ridha Abdah Subri yang mewakili Rizal tidak membantah permohonan Sri Ram yang difailkan Rabu lalu.

Mahkamah kemudian menetapkan 14 Mac ini bagi pengurusan kes.

Pada 15 November tahun lalu, Rizal mengaku tidak bersalah atas empat pertuduhan meminta dan menerima rasuah untuk dirinya dan Datin Seri Rosmah Mansor berjumlah RM5.5 juta berhubung projek pembekalan dan pemasangan tenaga solar sekolah luar bandar di Sarawak.

ARTIKEL BERKAITAN: Rizal akan dibicarakan di Mahkamah Tinggi

Kes rasuah Rizal Mansor, pendakwaan serah dokumen

Pendakwaan tarik balik permohonan pindah kes Rizal Mansor


Bermula dengan hanya RM5 anda telah menyokong Berita Fakta dan Komprehensif kami, sokong berita kami.
Terima Kasih Rakyat Malaysia