Polis Johor musnah tiga bom lama

Polis membuat persiapan untuk memusnahkan bom di kawasan Ladang United Melaka Berhad di Batu Anam, Segamat pada pagi Jumaat. Foto ihsan PDRM
Gambar kanan: Antara bom lama yang dijumpai.
Polis membuat persiapan untuk memusnahkan bom di kawasan Ladang United Melaka Berhad di Batu Anam, Segamat pada pagi Jumaat. Foto ihsan PDRM Gambar kanan: Antara bom lama yang dijumpai.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Polis Johor telah memusnahkan tiga bom lama atau 'unexploded ordnance' (UXO) di kawasan Ladang United Melaka Berhad di Batu Anam, Segamat pada pagi Jumaat.

Polis Johor pada kenyataan dalam Facebook rasminya berkata, tindakan itu dilakukan Unit Pemusnah Bom (UPB) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor dan UPB Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat kira-kira jam 11 pagi.

"Bom lama itu dijumpai oleh pekerja ladang semasa kerja-kerja pemotongan buah kelapa sawit di kawasan kebun pada Khamis.

"Semasa pihak UPB IPK Johor menjalankan pembersihan keselamatan di lokasi sama, dua butir UXO jenis artillery meriam 85mm dan mortar 3 inch telah ditemui.

"Tindakan pemusnahan tiga butir UXO berkenaan telah dijalankan secara in situation (in-situ) dengan menggunakan teknik high order melalui kaedah elektrik," menurut kenyataan itu.

Polis menggunakan alat untuk mengesan bom lama yang mungkin tertanam di kawasan Ladang United Melaka Berhad di Batu Anam, Segamat pada pagi Jumaat. Foto ihsan PDRM
Polis menggunakan alat untuk mengesan bom lama yang mungkin tertanam di kawasan Ladang United Melaka Berhad di Batu Anam, Segamat pada pagi Jumaat. Foto ihsan PDRM

Jelasnya, pemusnahan itu telah dijalankan dengan jayanya tanpa sebarang kehilangan nyawa dan kerosakan harta benda.

"Pihak polis Johor sekali lagi ingin menyeru kepada orang ramai sekiranya menjumpai objek yang mencurigai atau dipercayai bom, sila lapor segera kepada mana-mana balai polis berhampiran untuk tindakan siasatan lanjut.

Artikel Berkaitan:

"Diingatkan juga supaya jangan diusik, dialih atau digerakkan objek tersebut bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini," katanya.