Penjawat awam Selangor: Jangan jadi jaguh kampung, kata MB

Aminudin beramah mesra dengan penjawat awam Daerah Hulu Langat sempena Program Jelajah Maju Bersama Menteri Besar Selangor & Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor Ke Daerah Hulu Langat hari ini.
Aminudin beramah mesra dengan penjawat awam Daerah Hulu Langat sempena Program Jelajah Maju Bersama Menteri Besar Selangor & Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor Ke Daerah Hulu Langat hari ini.
A
A
A

BANGI - Penjawat awam di Selangor diingatkan agar tidak hanya menjadi jaguh kampung sebaliknya bergerak ke pentas antarabangsa.

Menteri Besar Selangor, Aminudin Shari berkata, mereka ini perlu bersedia dan prihatin terhadap sebarang perubahan.

"Seluruh penjawat perlu bersedia dengan sebarang perubahan dan paling penting mengadaptasi perubahan-perubahan tersebut.

"Ia demi menjadi kelangsungan dan kemajuan bersama,” katanya berucap sempena Program Jelajah Maju Bersama Menteri Besar Selangor & Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor Ke Daerah Hulu Langat, di Pejabat Daerah Tanah Hulu Langat, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian selepas melihat pencapaian pelaburan di Selagor yang meningkat sehingga dua kali ganda berbanding tahun sebelumnya.

"Selangor dijangka mencatatkan pencapaian pelaburan lebih RM12 bilion, ini sekali gus menjadikan rekod tertinggi sejarah pelaburan di negeri ini.

"Sehingga September sahaja, sejumlah RM8 bilion pelaburan dicatatkan mencapai angka lebih tinggi berbanding pencapaian pada 2017 yang mencatat jumlah pelaburan sebanyak RM5.29 bilion," katanya.

Aminudin menambah jumlah itu akan meningkat 32 peratus pada tahun ini.

Artikel Berkaitan:

"Sehingga Disember 2018, jumlah pembangunan dan pelaburan yang diterima kerajaan Selangor adalah pada angka lebih dua kali ganda dan saya jangkakan lebih dari RM12 bilion pelaburan telah dicatatkan, menjadikan

pencapaian pelaburan tertinggi yang pernah dicatatkan Selangor.

Sehubungan itu, beliau mahu dengan pencapaian berkenaan, semua pihak khususnya penjawat awam perlu lebih membuka mata dalam arus perubahan dan menggerakkan kekuatan bagi memastikan status itu dapat dikekalkan.