Lebih 74,000 individu lengkapkan dua dos suntikan vaksin Covid-19

DR ADHAM BABA
DR ADHAM BABA
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seramai 74,289 individu di negara ini telah melengkapkan dua dos suntikan vaksin Covid-19 menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan setakat semalam.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, bagi tempoh sama, 436,687 individu telah menerima dos pertama, dengan jumlah keseluruhan pemberian dos pertama dan kedua vaksin Covid-19 di negara ini adalah 510,976.

Menerusi satu infografik yang dikongsikan di laman Twitter rasminya pada Khamis, Dr Adham berkata, Selangor mencatat jumlah teramai menerima suntikan dos pertama iaitu 60,521 orang, kemudian Perak (49,528) dan Sabah (41,415).

Ini diikuti Kuala Lumpur (37,617), Sarawak (36,244), Pahang (33,320), Johor (32,126), Pulau Pinang (31,189), Kedah (26,310), Negeri Sembilan (21,017), Terengganu (20,055), Kelantan (19,755), Melaka (11,094), Perlis (9,530), Putrajaya (4,621) dan Labuan (2,345).

Sementara itu, Sarawak mencatat jumlah individu teramai telah melengkapkan kedua-dua dos suntikan vaksin Covid-19 iaitu 10,643 diikuti Kelantan (7,922) dan Kuala Lumpur (7,769).

Seterusnya, Perak (7,197), Pahang (7,162), Johor (5,666), Terengganu (4,601), Kedah (4,469), Selangor (4,224), Negeri Sembilan (2,942), Pulau Pinang (2,756), Melaka (2,545), Sabah (1,796), Labuan (1,567), Perlis (1,561) dan Putrajaya (1,469).

Program imunisasi yang dilancarkan pada 24 Feb itu, menyasar untuk memberikan imunisasi secara percuma kepada penduduk negara ini, baik rakyat tempatan mahupun warga asing. - Bernama

Artikel Berkaitan: