X

Kindly register in order to view this article
!

54 individu ingkar SOP PKP dikompaun

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
A
A

KUALA LUMPUR - Seramai 54 individu dikompaun atas atas kesalahan ingkar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Selasa.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, antara kesalahan tertinggi direkodkan ialah gagal menyediakan peralatan merekodkan butiran pelanggan (21) diikuti tidak memakai pelitup muka (17) dan rentas negeri atau daerah tanpa kebenaran (6).

“Seramai 18 pendatang tanpa izin ditahan, manakala sebuah bot serta 11 kenderaan darat dirampas dalam Operasi Benteng semalam,” katanya dalam kenyataan mengenai pelaksanaan PKP Bersyarat dan PKP Pemulihan pada Rabu.

Beliau berkata, 836 individu tiba di semua pintu masuk antarabangsa pada Selasa dan kesemuanya dikuarantin di stesen kuarantin di seluruh negara, menjadikan kumulatif seramai 152,570 individu telah pulang ke tanah air sejak 24 Julai tahun lalu.

Mengenai saringan wajib pekerja asing, Ismail Sabri berkata, sejumlah 3,428 orang telah menjalani ujian saringan Covid-19 pada Selasa dan 11 daripada mereka didapati positif wabak itu.

Katanya, secara kumulatif, seramai 644,425 pekerja asing telah menjalani ujian saringan Covid-19 setakat ini melibatkan 33,205 majikan. - Bernama


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!