Tak percaya menang RM1,000

Nur Auni A’ifaa (tengah) bersama ibu dan adiknya.
Nur Auni A’ifaa (tengah) bersama ibu dan adiknya.
A
A
A

SHAH ALAM - “Berulang kali saya tonton semula video pengumuman pemenang peraduan PKPNimsXSinar yang disiarkan secara langsung sebelum ini. Saya macam tak percaya nama saya diumumkan menang tempat pertama,” kata Nur Auni ‘Aifaa Azhair, 29, yang memenangi peraduan PKPNimsXSinar bagi Kategori Hadiah Siri Warna Biru (akhbar) melalui konsep cabutan bertuah.

Sebagai pembaca setia akhbar Sinar Harian serta penggemar produk Nims, Nur Auni ‘Aifaa mengakui teruja dengan kemenangan tersebut dan menyifatkan kejayaan itu sebagai rezeki baginya dan keluarga yang banyak mendorongnya menyertai peraduan ini.

“Tidak sukar untuk kumpul kepala akhbar (masthead) Sinar Harian dan penutup bekas siri warna Pelangi Crispy Choco Tub, sebab kami sekeluarga memang peminat setia produk Nims. Hanya Nims yang mampu puaskan hati kami.

“Saya memang sertai peraduan ini dari awal lagi dan memang konsisten hantar penyertaan, tapi belum ada tuah. Tak sangka untuk siri kali ini saya jadi pemenang tempat pertama.

“Saya memang tak mudah berputus asa. Saya hantar penyertaan ini banyak kali untuk setiap siri dan akhirnya berjaya membuahkan hasil,” katanya kepada Sinar Harian.

Nur Auni ‘Aifaa berkata, dia akan menggunakan wang kemenangan untuk melabur melalui simpanan emas sebagai simpanan hari tua.

Sementara itu, dua lagi pemenang cabutan bertuah bagi kategori sama ialah suri rumah, Noraziah Wanik, 53, dari Baling, Kedah di tempat kedua dan Juru Analisis Teknologi Maklumat (IT), Nurunnajah Mohd Sobri, 26, dari Bayan Lepas, Pulau Pinang di tempat ketiga.

Artikel Berkaitan:

Noraziah dan Nurunnajah
Noraziah dan Nurunnajah

Bagi Kategori Rakam & Kongsi Video Siri Warna Biru, suri rumah, Hanisaf Hassan, 69, dari Kota Bharu berjaya memenangi tempat pertama bagi kategori tersebut.

Hanisaf berkata, anaknya, Che Azyumi Aziz, 38, menggunakan namanya untuk menyertai peraduan pada kali ini.

“Che Azyumi memang gemar menyertai peraduan, cuma dia jarang guna namanya dan minta kebenaran untuk guna nama saya tapi video itu semua dia yang buat.

“Saya pernah juga hantar penyertaan peraduan Nims untuk siri sebelum ini tapi tak berjaya. Tak sangka video yang anak saya buat menggunakan nama saya akhirnya menang,” katanya.

Hanisaf (kanan) bersama Che Azyumi menunjukkan produk Nims.
Hanisaf (kanan) bersama Che Azyumi menunjukkan produk Nims.

Dua lagi pemenang bagi kategori sama ialah penuntut, Amar Zikri Zainal, 19, dari Klang, Selangor di tempat kedua dan suri rumah, Suriana Sanusi, 31, dari Bangi, Selangor yang menang di tempat ketiga.

Suriana dan Amar Zikri
Suriana dan Amar Zikri