X

Kindly register in order to view this article
!

Jumaat | 20 Mei 2022

MOTAC sedia SOP gelembung pelancongan jika sempadan antarabangsa dibuka

Nancy menjawab soalan yang diajukan oleh pemberita pada Sesi Jerayawara Dasar Pelancongan Negara 2020-2030 di Melaka pada Isnin. - Foto Bernama
A
A

MELAKA - Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) bersedia dengan prosedur operasi standard (SOP) yang sepatutnya jika pintu sempadan antarabangsa kembali dibuka untuk aktiviti pelancongan.

Menterinya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, perkara paling utama dalam SOP berkenaan adalah pematuhan terhadap ujian saringan Covid-19 sebelum memasuki negara.

"Selain itu, antara lain SOP berkaitan termasuklah menggunakan ejen pelancongan berdaftar dan melancong dalam jumlah yang kecil.

"Antara aktiviti pelancongan yang kita sasar untuk dibuka kepada pelancong asing termasuklah sukan golf dan aktiviti luar seperti selam snorkel dan menyelam," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Sesi Jerayawara Dasar Pelancongan Negara 2020-2030 yang turut dihadiri Exco Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan negeri Datuk Muhammad Jailani Khamis di sini pada Isnin.

Nancy berkata, pihaknya juga telah mengenal pasti enam negara Asia yang menjadi sasaran untuk gelembung pelancongan iaitu Singapura, Korea, Jepun, Vietnam, China dan Brunei.

Katanya, bagaimanapun pembukaan sempadan antarabangsa masih tertakluk dengan keputusan kerajaan Persekutuan yang akan membuat penilaian mengenai perkembangan semasa Covid-19. - Bernama


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!