X

Kindly register in order to view this article
!

Kren terjatuh: Seorang lagi mangsa maut masih tersepit

Laporan Sinar Harian mengenai dua maut struktur besi kren terjatuh di projek pembinaan Lebuh Raya Bertingkat SUKE di Persiaran Alam Damai pada Isnin.
A
A

KUALA LUMPUR - Pasukan Bomba dan Penyelamat sedang berusaha mengeluarkan seorang lagi mangsa yang dilaporkan meninggal dunia tersepit dalam kejadian kren terjatuh di projek pembinaan Lebuh Raya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) di Persiaran Alam Damai.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Nordin Pauzi memaklumkan, pihaknya mendapat kerjasama daripada pihak kontraktor untuk mengangkat beban yang menghempap mangsa terbabit.

“Kita jangka dalam masa tiga jam akan ada satu perkembangan baharu. Kita berharap dapat mengangkat bebanan ini dan mengeluarkan mangsa,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di lokasi kejadian pada Selasa.

Nordin berkata, bebanan struktur kren yang berat menyukarkan operasi menyelamatkan mangsa yang tersepit.

“Bebanan itu juga berstruktur tinggi. Kestabilan amat penting serta penggunaan kren yang berkapasiti tinggi digunakan untuk operasi ini,” katanya.

Nordin berkata, seramai enam mangsa terlibat ketika kejadian dan tiga dilaporkan meninggal dunia, seorang mengalami kecederaan manakala dua lagi terselamat.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohamed Mokhsein Mohamed Zon memaklumkan kertas siasatan berhubung kejadian tersebut telah dibuka di bawah Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan.

Mohamed Mokhsein berkata, laporan yang diterima akan diserahkan kepada Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia (DOSH) untuk siasatan lanjut.

"Setakat ini punca kejadian dan identiti mangsa masih belum didedahkan," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Dua maut struktur besi kren terjatuh

Projek pembinaan dihenti serta-merta

Kontraktor pembinaan disenarai hitam jika didapati berlaku kecuaian


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!