Kontraktor pembinaan disenarai hitam jika didapati berlaku kecuaian

Fadillah (tengah) pada sidang akhbar selepas Majlis Penyerahan Surat Setuju Terima Tender di Kementerian Kerja Raya pada Isnin.
Fadillah (tengah) pada sidang akhbar selepas Majlis Penyerahan Surat Setuju Terima Tender di Kementerian Kerja Raya pada Isnin.
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Kementerian Kerja Raya memberi amaran akan menyenarai hitam kontraktor projek pembinaan di Persiaran Alam Damai yang telah menyebabkan kematian.

Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, tindakan itu akan dilakukan jika didapati berlaku kecuaian dan tiada sebarang tender dalam tempoh dua tahun.

“Saya akan menggesa Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) berbuat demikian kalau memang didapati ketidakpatuhan kepada apa sahaja prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Majlis Penyerahan Surat Setuju Terima Tender di Kementerian Kerja Raya pada Isnin.

Dalam majlis berkenaan, sebanyak tujuh projek diserahkan di bawah Pelaksanaan KKR sebagai usaha merancakkan ekonomi negara.

Media melaporkan tiga individu maut selepas struktur kren tumbang lalu menghempap sebuah kenderaan berhampiran Puncak Banyan, Persiaran Alam Damai, Kuala Lumpur.

Mengulas lanjut, Fadillah berkata, tidak sepatutnya berlaku pengalihan struktur atau peralatan besar di tapak pembinaan.

“Apabila nak mengalihkan ‘launcher’ ini, SOP biasanya kena tutup jalan. Apabila kita nak gerakkan semua baru kita alih dan pastikan jalan itu selamat baru kita boleh buka untuk orang lalu lalang.

“Itu standard SOP tapi saya tidak tahu mengapa yang ini tidak dipatuhi,” katanya.

Artikel Berkaitan:


Beliau berkata, siasatan akan dilakukan terlebih dahulu sama ada kontraktor berkenaan pernah disenarai hitam sebelum ini.