X

Kindly register in order to view this article
!

[DIKEMASKINI] Tiga maut struktur besi kren terjatuh

Struktur besi 'kren launcher' pembinaan lebuh raya terjatuh di Persiaran Alam Damai Cheras pada Selasa.
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] Tiga individu maut dan seorang lelaki cedera parah dalam kejadian struktur besi kren launcher terjatuh di tapak pembinaan Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) berhampiran Puncak Banyan, Persiaran Alam Damai, Cheras pada Isnin.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JPBM) Kuala Lumpur, Nordin Pauzi berkata, kejadian itu melibatkan enam mangsa dengan tiga daripada mereka merupakan pekerja projek pembinaan tersebut.

Menurutnya, dua pekerja maut terjatuh dari ketinggian 40 meter, seorang maut kerana tersepit pada struktur besi manakala dua lagi terselamat.

"Pemandu kereta yang ditimpa struktur itu cedera pada leher dan sudah dihantar Hospital Canselor Tuanku Mukhriz untuk rawatan lanjut," katanya kepada pemberita di lokasi kejadian pada Isnin.

Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada jam 8.45 pagi.

"Sepasukan anggota bomba bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Cheras, Tun Razak dan Hang Tuah bergegas ke lokasi kejadian," katanya.

Menurutnya, setibanya pasukan bomba di lokasi kejadian didapati struktur besi 'kren kauncher' pembinaan lebuh raya telah jatuh ke bawah dan menghempap sebuah kereta. "Kita dapat kerjasama daripada pihak kontraktor untuk membuat angkatan kepada bebanan yang menimpa mangsa," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohamed Mokhsein Mohamed Zon memaklumkan kertas siasatan berhubung kejadian tersebut telah dibuka di bawah Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan.

Mohamed Mokhsein berkata, laporan yang diterima akan diserahkan kepada Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia (DOSH) untuk siasatan lanjut.

"Setakat ini punca kejadian dan identiti mangsa masih belum didedahkan," katanya.

Ini adalah insiden kedua yang melibatkan SUKE tahun ini, selepas lima orang terperangkap dalam sebuah van kilang yang sedang dalam perjalanan di Lebuhraya MRR2 dekat Bandar Tasik Selatan pada 3 Mac ketika sebahagian jejambat dalam pembinaan jatuh di atasnya sekitar jam 5.58 petang akibat dilanggar oleh treler yang membawa jentera berat.

Dalam kejadian itu yang melibatkan van kilang, dua wanita terbunuh sementara tiga orang lagi cedera parah.

Struktur besi 'kren launcher' pembinaan lebuh raya terjatuh dan menghempap sebuah kereta di Persiaran Alam Damai Cheras pada Selasa.
Struktur besi 'kren launcher' pembinaan lebuh raya terjatuh dan menghempap sebuah kereta di Persiaran Alam Damai Cheras pada Selasa.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!