X

Kindly register in order to view this article
!

Menteri Luar Singapura adakan lawatan kerja ke Malaysia

DR VIVIAN BALAKRISHNAN Foto: Kementerian Komunikasi dan Maklumat Singapura
A
A

KUALA LUMPUR - Menteri Luar Singapura, Dr Vivian Balakrishnan akan mengadakan lawatan kerja dua hari ke Malaysia mulai Selasa.

Kementerian Luar (Wisma Putra) dalam satu kenyataan berkata, sempena lawatan itu, Dr Balakrishnan dijangka bertemu rakan sejawatannya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Beliau juga dijadual bertemu Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Menteri Kanan iaitu Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob; serta Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin.

Selain isu kepentingan bersama kedua-dua negara, serta isu serantau dan antarabangsa, Dr Balakrishnan dan Hishammuddin dijangka berbincang mengenai kerjasama pasca-Covid-19, termasuk pensijilan vaksinasi timbal balik yang akan memberi manfaat kepada kedua-dua pihak.

Lawatan dari 23 hingga 24 Mac itu akan mematuhi protokol kesihatan serta keselamatan ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan sesuai dengan prosedur operasi standard (SOP) yang diluluskan Majlis Keselamatan Negara (MKN). - Bernama


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!