X

Kindly register in order to view this article
!

Didikan ibu bapa di rumah elemen penting bendung rasuah

Gambar hiasan (Gambar kecil: Siti Hajar)
A
A

JERANTUT - Didikan ibu bapa di rumah antara elemen penting membendung gejala rasuah di negara ini.

Ketua Wanita UMNO Pahang, Datuk Siti Hajar Abdul Mubin berkata, ia merupakan asas utama bagi memastikan setiap individu menyedari dan memahami untuk menolak rasuah dalam kehidupan masing-masing.

Menurutnya, selain didikan ibu bapa, penekanan di sekolah juga perlu diambil kira untuk memastikan gejala itu dapat dibanteras selain asas agama.

“Saya melihat dengan didikan ibu bapa di rumah ditambah dengan penekanan yang diberikan di sekolah sejak peringkat awal dapat memastikan gejala negatif ini dapat dibendung.

“Jika dibiarkan berterusan, ia seolah-olah diterima dalam norma kehidupan dan dianggap ia satu ganjaran bukan rasuah,” katanya pada Sinar Harian pada Rabu.

Beliau yang juga Ketua Wanita UMNO Bahagian Jerantut menyifatkan amalan rasuah perlu dibendung kerana boleh memusnahkan sesebuah negara.

Tegasnya, banyak kesan buruk terpaksa dihadapi oleh rakyat kerana amalan negatif tersebut.

“Contohnya dalam bidang pembinaan kerana ada unsur rasuah mungkin bahan digunakan tidak berkualiti dan kesannya rakyat akan kembali kepada rakyat,” ujarnya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!