Penduduk rayu bekalan air disambung semula

Paip agihan utama menyalurkan bekalan air ke Kampung Paya Keladan.
Paip agihan utama menyalurkan bekalan air ke Kampung Paya Keladan.
A
A
A

ROMPIN - Penduduk kampung orang asli Kampung Paya Keladan, Bukit Ibam di sini mendakwa aktiviti seharian mereka terganggu ekoran bekalan air ke kampung itu dipotong sejak dua minggu lalu.

Bekalan air yang dibekalkan secara percuma kira-kira setahun lalu itu didakwa dipotong tanpa sebarang notis sehingga menimbulkan tanda tanya penduduk.

Penduduk, Yusri Lai Chai, 43 berkata, pemotongan bekalan air itu dibuat daripada paip agihan utama berhampiran Kampung Aur berhampiran.

Yusri menunjukkan tandas rumahnya yang tidak dapat digunakan dengan sempurna ekoran ketiadaan bekalan air.
Yusri menunjukkan tandas rumahnya yang tidak dapat digunakan dengan sempurna ekoran ketiadaan bekalan air.

"Saya sendiri tidak tahu sebab tindakan itu diambil kerana tiada pihak tampil memaklumkannya.

"Ekoran tindakan itu, saya dan kira-kira 15 keluarga di kampung ini berdepan masalah ketiadaan air hingga menjejaskan aktiviti kehidupan seharian,"katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.

Yusri berkata, lebih memburukkan keadaan dalam keadaan cuaca panas ketika ini, sumber air sedia ada juga juga agak kering dan kurang bersih.

Artikel Berkaitan:

Penduduk menggunakan tangki untuk menadah air hujan bagi kegunaan seharian selepas bekalan air didakwa dipotong sejak dua minggu lalu.
Penduduk menggunakan tangki untuk menadah air hujan bagi kegunaan seharian selepas bekalan air didakwa dipotong sejak dua minggu lalu.

"Saya berharap bekalan air itu dapat disambung kembali demi kepentingan semua penduduk di kampung ini.

"Setidak-tidaknya maklumkan sebab tindakan pemotongan itu dilakukan supaya kami boleh bersedia sekiranya ia akan berlarutan untuk tempoh agak lama,"katanya.

Dia berkata, bekalan air percuma itu dibekalkan selama tiga tahun, namun selepas kira-kira setahun, bekalannya sudah dipotong.

Menurutnya, pihak berkaitan diharap segera membantu penduduk yang terjejas termasuk menghantar bekalan air bersih untuk kegunaan harian.