X

Kindly register in order to view this article
!

Putus hubungan: Tidak beri kesan besar kepada Malaysia

Kedutaan Korea Utara di Jalan Batai, Damansara lengang dengan bendera negara itu masih berkibar di bangunan tersebut pada Jumaat. Gambar kecil: Mohd Hazmi
A
A

SHAH ALAM - Tindakan Korea Utara memutuskan hubungan diplomatik dengan Malaysia tidak memberikan apa-apa kesan besar kepada negara ini.

Pensyarah Fakulti Syariah dan Undang-Undang dari Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Profesor Madya Dr Mohd Hazmi Mohd Rusli bagaimanapun berkata, Malaysia mengalami sedikit kesan dari segi reputasi dalam menjalinkan hubungan baik dengan semua negara.

“Sekarang ini kita boleh anggap bahawa sudah ada negara yang ‘bermusuh’ dengan Malaysia.

“Namun, saya tidak rasa Korea Utara akan memberi ancaman kepada negara.

“Saya pasti dunia akan bersama Malaysia jika berlaku apa-apa perkara buruk,” katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.

Sementara itu, Mohd Hazmi berkata, tindakan Mahkamah Persekutuan yang memutuskan untuk mengekstradisikan lelaki Korea Utara, Mun Chol Myong telah mengharumkan nama negara dan menaikkan imej badan kehakiman Malaysia yang sebelum ini sedikit tercalar dengan beberapa keputusan kontroversi.

“Chol Myong merupakan warga Korea Utara yang pertama diekstradisi ke Amerika Syarikat (AS). Malaysia adalah negara pertama yang berjaya melakukannya dan ini satu kejayaan besar untuk Malaysia.

“Keputusan Mahkamah Persekutuan juga memberi sumbangan besar dalam hubungan antarabangsa dan diplomatik ASEAN. Ia boleh jadi keputusan yang diikuti negara anggota ASEAN yang lain dalam menangani isu Korea Utara di rantau ini,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Korea Utara putuskan hubungan dengan Malaysia

Kedutaan Korea Utara diberi tempoh 48 jam tinggalkan Malaysia

Tiada pegawai, kakitangan Kedutaan Malaysia di Pyongyang


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!