Tiada pegawai, kakitangan Kedutaan Malaysia di Pyongyang

Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
A
A
A

PUTRAJAYA - Malaysia tidak mempunyai pegawai dan kakitangan di Korea Utara selepas operasi Kedutaan Malaysia di Pyongyang digantung sejak 2017.

Perkara itu dimaklumkan Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein di laman mikro Twitter pada Jumaat.

"Operasi kedutaan Malaysia di Pyongyang digantung sejak 2017 dan kesemua kakitangan serta tanggungan mereka telah kembali ke tanah air," kata beliau.

Hishammuddin berkata demikian bagi membalas pertanyaan rakyat Malaysia mengenai kedudukan kakitangan Kedutaan Malaysia di negara tersebut.

Ketegangan hubungan diplomatik Korea Utara dan Malaysia memuncak selepas Pyongyang memutuskan hubungan dengan Kuala Lumpur.

Ia selepas seorang rakyat republik itu, Mun Chol Myong gagal dalam permohonan di mahkamah untuk mengelakkan diri daripada diekstradisi ke Amerika Syarikat (AS) atas tuduhan konspirasi pengubahan wang haram dan melanggar sekatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

Pyongyang menyifatkan keputusan mengekstradisi rakyat ke AS merupakan jenayah yang tidak boleh dimaafkan.

ARTIKEL BERKAITAN: Korea Utara putuskan hubungan dengan Malaysia

Kedutaan Korea Utara diberi tempoh 48 jam tinggalkan Malaysia

Artikel Berkaitan: