Single atau taken: Syed Saddiq akhirnya buka mulut...
SHAH ALAM - Teka-teki siapa teman wanita Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman akhirnya terjawab dalam program iG Live Sinar pada Khamis.
Soalan itu diajukan pengacara iG Live, Nazihah Khan kepada Syed Saddiq ketika program bual bicara berjudul Kompaun: Didik Atau Hukum Rakyat?
Terdahulu, Syed Saddiq dalam segmen Seminit Bersama yang disiarkan di TikTok Sinar Harian apabila ditanya sama ada bekas Menteri Belia dan Sukan itu sudah berpunya atau belum menimbulkan persoalan dalam kalangan netizen.
Berpeluang bertemu secara maya dengan Syed Saddiq, Nazihah bertanyakan kembali kepada beliau, adakah seseorang sedang bertakhta di hati Syed Saddiq kerana jawapan yang diberikan adalah 'tengah', bukannya 'single' mahupun 'taken' yang dijadikan pilihan kepada soalan itu.
Tidak melatah dan hanya tersenyum apabila soalan itu kembali diajukan, Syed Saddiq kemudian akui, tumpuan kini lebih kepada tanggungjawab yang tergalas di bahunya sebagai wakil rakyat sambil menyifatkan kawasan Parlimennya kini adalah teman wanitanya.
"... kalau ada girlfriend, girlfriend saya adalah Muar kerana Muar yang saya akan menghadap setiap minggu dan setiap hari," itu jawapan diberikan pengasas Parti Ikatan Demokratik (Muda) itu.
"Sebagai salah seorang yang dipilih oleh rakyat, untuk fokus berkhidmat... saya yakin apa yang rakyat mahu lihat berkenaan prestasi saya adalah bagaimana saya boleh berkhidmat untuk mereka. Mereka tidak mahu media ambil tahu mengenai kisah peribadi saya seperti 'dating' dengan siapa," jelasnya lagi.
Saibulrijal didakwa lagi guna dokumen palsu
26 April 2024 12:28pmPesawat ringan mendarat cemas di LTSAAS, 2 juruterbang selamat
26 April 2024 11:30amTiga beranak terselamat, kereta dinaiki jatuh gaung
26 April 2024 11:28amPolis tahan guru disyaki liwat tiga pelajar
26 April 2024 11:20amHentian Lagong arah utara ditutup empat bulan mulai 29 April
26 April 2024 11:13amPeniaga maut dibunuh sekumpulan lelaki berparang
25 April 2024 09:26pmKanak-kanak maut jatuh kondominium ketika ibu keluar ambil kakak di sekolah
25 April 2024 05:13pm'Lepas ni dah tak dengar abang cakap terima kasih sayang' - Siti Aisyah
25 April 2024 04:44pmHina anggota TLDM terkorban, polis siasat Saifuddin Shafik
25 April 2024 04:29pmIsu anak MB Perlis: 'Mohd Razlan tidak perlu terkejut'
25 April 2024 10:10pm