Tak imbas MySejahtera, Najib tawar diri dikompaun

Najib Tun Razak
Najib Tun Razak
A
A
A

SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak, mengakui kesilapan beliau tidak mengimbas MySejahtera ketika makan di kedai.

Najib berkata, beliau meminta pihak berkuasa mengeluarkan kompaun terhadapnya kerana kecuaian tersebut.

“Saya mengaku kesilapan saya pada kali ini tidak membuat check-in sendiri walaupun pegawai-pegawai saya telah berbuat demikian.

“Tidak mengapa. Saya minta pihak berkuasa keluarkan saman terhadap saya atas kesilapan tidak sengaja ini,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook pada Jumaat.

Sementara itu, beliau berkata, kompaun tersebut akan dibayar secara sukarela.

“Kompaun untuk tidak scan MySejahtera diumum sebagai RM1,500 dua hari lalu oleh Menteri Perikatan Nasional (PN).

“Saya bayar sebelum tempoh 7 hari untuk dapat early bird diskaun 50 peratus iaitu denda RM750.

“Tidak ada double standards dalam istilah saya. Mereka ada dua darjat itu hal mereka. Saya tidak mahu ada dua darjat bagi kes saya,” ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu, beliau masih mengulangi ujian Covid-19 dan setakat itu semuanya menunjukkan keputusan negatif.

Melalui media sosial itu juga, Najib turut memaklumkan pemberian pengawal pengiring untuk bekas Perdana Menteri yang dihentikan sebelum ini telah dikembalikan semula oleh kerajaan Perikatan Nasional (PN) beberapa bulan lalu.

“Tidak lebih tidak kurang, tiada layanan istimewa. Tanya PM7/PM7i, Dia pun dapat,” katanya.