Kerana prinsip inilah kami tinggalkan Pas, kata Mujahid

Mujahid ketika ditemui media, hari ini.
Mujahid ketika ditemui media, hari ini.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Prinsip yang diamalkan Pas didakwa menjadi punca Ahli Parlimen Bachok, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz menafikan suaranya dalam rakaman audio lebih setahun lalu bertujuan menjaga kepentingan parti dan pimpinan.

Naib Presiden Amanah, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof menceritakan pengalamannya semasa berada di dalam Pas bahawa mereka diajar untuk berpegang kepada prinsip walau dalam apa keadaan dan kesalahan sekali pun.

Katanya, kerana prinsip yang dipegang Pas itu, menjadi titik tolak kepada penubuhan Amanah.

“Kami semasa berada di dalam Pas diajar untuk berpegang kepada prinsip, walau apa pun keadaan atau kesalahan mesti pegang kepada prinsip.

ARTIKEL BERKAITAN: Saya diminta nafikan audio itu: Nik Abduh

“Oleh itu, kerana prinsip inilah kami tinggalkan Pas dan menubuhkan Amanah. Itulah, kami tidak mahu berpura-pura kerana prinsip Pas itu mengatasi segala-galanya,” katanya kepada media selepas pengumuman subsidi haji kekal di Menara Tabung Haji (TH) di sini, hari ini.

Mujahid yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri menegaskan, penipuan tetap penipuan ia tidak boleh berselindung di sebalik prinsip.

“Penipuan tetap penipuan, apatah lagi penipuan itu melibatkan soal kepentingan yang lebih besar, bohong sunat tak sunat, itu saya tak tahu.

Artikel Berkaitan:

“Setahu saya kalau kita difitnah, sepatutnya kita perlu jujur. Saya tak tahu konsep terpaksa berbohong, itu kena tanya beliau sendiri, kena buat kuliah,” ujarnya.

Baru-baru ini, Nik Abduh berkata, tindakannya menafikan suaranya dalam rakaman audio itu direstui pimpinan tertinggi Pas pada ketika itu, yang sudah mengetahui kedudukan sebenar.

Katanya, suasana pada ketika itu menjelang PRU14 menuntut supaya kerahsiaan dalam parti dijaga dan tidak dijadikan bahan fitnah atau tersebar kepada pihak lawan.

"Apabila saya mengambil keputusan untuk menafikan itu, dengan niat untuk mengajar budak-budak tersebut, supaya mereka faham erti berjemaah.

"Mereka orang muda hendak tunjuk semangat kepada parti, tetapi mereka tidak sedar kelak akan menyusahkan parti.

"Ucapan saya (ketika itu) tidak ada benda yang tak betul, semuanya betul," katanya.