X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 20 Oktober 2021

Lorong TAR kembali meriah Ramadan ini

Annuar meninjau Lorong TAR pada Khamis.
A
A

KUALA LUMPUR - Lorong Tuanku Abdul Rahman (TAR) kembali meriah Ramadan ini selepas dibenarkan beroperasi mulai 17 April.

Berita gembira itu dikongsikan Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa menerusi ciapan di Twitternya pada Khamis.

Menurut Annuar, kebenaran operasi itu selepas mengambil kira rayuan peniaga bazar berkenaan.

Malah Annuar memaklumkan bazar di Lorong TAR itu juga akan dihidupkan semula.

"Demi memenuhi rayuan peniaga Bazar Aidilfitri, kita bersetuju bukan saja benarkan bazar dibuka tapi kita hidupkan semula bazar di tapak asal di lorong TAR," menurut ciapan di Twiiter beliau.

Majlis Keselamatan Negara (MKN) sebelum ini memutuskan bazar Ramadan dibenarkan beroperasi tahun ini.

Selain itu, solat terawih di masjid dan surau juga dibenarkan mengikut garis panduan ditetapkan.

Annuar berkata, kebenaran operasi di Lorong TAR itu akan disusuli dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.

Operasi bazar Ramadan Lorong TAR atau Jalan Masjid India dan kawasan sekitarnya dipindahkan ke Jalan Raja iaitu berhadapan Bangunan Sultan Abdul Samad di ibu negara sejak 2019 ketika di bawah pentadbiran bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Samad.

Khalid berkata, keputusan tersebut adalah tindakan yang baik oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) disebabkan lokasi lorong itu yang kecil dan sempit.

Peringkat awal pelaksanaannya mendapat bantahan dalam kalangan peniaga disebabkan bazar Ramadan Jalan Raja tidak mendapat sambutan pengunjung.

Masalah air bertakung selepas hujan juga turut dilaporkan berlaku di kawasan itu menimbulkan ketidakselesaan peniaga dan pengunjung.

Namun permasalahan itu diselesaikan dengan membaiki laluan air tersumbat selain pemasangan pendingin hawa di dalam kawasan khemah.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!