Abdul Hamid perlu lapor dakwaan wujud gerakan dalaman polis kepada SPP

Hamzah melihat proses pendaftaran MyKad di dalam Bas Mobile Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Generasi Baharu yang dilengkapi kemudahan sistem percetakan MyKad di pekarangan JPN hari ini. -Foto Bernama
Hamzah melihat proses pendaftaran MyKad di dalam Bas Mobile Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Generasi Baharu yang dilengkapi kemudahan sistem percetakan MyKad di pekarangan JPN hari ini. -Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador perlu melaporkan kepada Suruhanjaya Pasukan Polis (SPP) berhubung dakwaannya mengenai kartel dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan gerakan dalaman pegawai muda PDRM yang mahu menjatuhkan beliau, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainuddin.

Hamzah, yang juga Pengerusi SPP berkata, Abdul Hamid tidak pernah membawa isu itu kepada SPP dan ini merupakan kali pertama beliau mendengar ‘ada kartel dalam PDRM.’

“Sekiranya dakwaan Abdul Hamid itu benar, beliau sepatutnya membawa perkara itu dalam mesyuarat SPP.

“Dia tak pernah bawa isu ini dalam SPP padahal SPP adalah suruhanjaya tertinggi dalam perkhidmatan polis," katanya kepada media selepas melancarkan Bas Mobile Jabatan Pendaftaran Negara di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pendedahan Abdul Hamid menerusi program ‘Sinar Live bersama IGP’ semalam bahawa wujud gerakan dalam kalangan pegawai muda PDRM yang bercita-cita untuk menjatuhkannya.

ARTIKEL BERKAITAN: 'Kartel dalam PDRM cuba jatuhkan saya'

Abdul Hamid mendakwa, gerakan itu juga merupakan kumpulan sama yang mendalangi kartel dalam PDRM dengan hasrat mendominasi pasukan keselamatan negara demi kepentingan mereka.

Ditanya mengenai prestasi Abdul Hamid sebagai Ketua Polis Negara, Hamzah berkata beliau gembira dengan perkhidmatan Abdul Hamid setakat ini.

Artikel Berkaitan:

Abdul Hamid dilantik sebagai Ketua Polis Negara secara kontrak selepas bersara bagi tempoh dua tahun berkuat kuasa 4 Mei 2019 hingga 3 Mei 2021. - Bernama