PDRM nafi saman pemandu pakai cermin mata gelap

No Image Caption
A
A
A

SHAH ALAM - Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman menafikan dakwaan berhubung satu audio tular bahawa tindakan saman telah dikenakan terhadap pemandu kenderaan yang memakai cermin mata gelap.

Timbalan Pengarah (I) JSPT, Datuk Mohd Nadzri Hussain berkata, tiada peruntukan undang-undang menyatakan bahawa pememakaian cermin mata gelap semasa memandu merupakan satu kesalahan.

“JSPT menegaskan dakwaan tersebut tidak benar dan tidak berasas sama sekali,” kata beliau dalam satu kenyataan pada Khamis.

Antara kandungan mesej audio terbabit berbunyi, ‘Info kepada pemandu kereta atau lori yang memakai carmin mata gelap atau Ray-ban tanpa masalah penglihatan melalui sekatan jalan raya, pihak polis akan mengenakan saman sebanyak RM500 dan tiada kompaun’.

Perakam suara tersebut turut menyatakan dirinya telah disaman atas kesalahan terbabit.

Dalam masa sama, Mohd Nadzri turut mengesa orang ramai menghentikan sekarang penyebaran maklumat tidak benar.

Katanya, mereka juga perlu sentiasa memastikan kesahihan sesuatu mesej sebelum dimuat naik atau dikongsi di mana-mana platform.

Artikel Berkaitan: