Payung Rahmah kini diperluaskan kepada cermin mata - Salahuddin

Melalui inisiatif yang dijayakan dengan kerjasama syarikat MOG Eyewear, rakyat boleh membeli cermin mata pada harga antara RM50 ke RM100. - Foto Facebook Salahuddin Ayub
Melalui inisiatif yang dijayakan dengan kerjasama syarikat MOG Eyewear, rakyat boleh membeli cermin mata pada harga antara RM50 ke RM100. - Foto Facebook Salahuddin Ayub
A
A
A

KUALA LUMPUR - Inisiatif Payung Rahmah yang bermula dengan menu makanan, bakul makanan, rawatan, dan jualan murah, kini diperluaskan kepada Pakej Rahmah Cermin Mata, menurut Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub.

Menerusi hantaran di laman Facebook rasminya, beliau berkata, melalui inisiatif yang dijayakan dengan kerjasama syarikat MOG Eyewear itu, rakyat umum boleh membeli cermin mata pada harga antara RM50 ke RM100, selain menaik taraf kanta kepada 'blue cut lens’ dengan perlindungan sinaran ultra ungu pada RM100 sahaja.

"Pakej ini boleh didapati di 96 cawangan MOG Eyewear di Malaysia,” katanya.

Beliau berkata, Inisiatif Payung Rahmah akan diteruskan dengan pelbagai lagi tawaran menarik sesuai dengan keperluan dan kehendak rakyat Malaysia. - Bernama